29 Oktober
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Oktober | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2007 |
29 Oktober merupakan hari ke-302 (hari ke-303 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 63 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Republik di Turki.
[Sunting] Peristiwa
- 1268 - Conradin, Duke Swabia terakhir, dipancung kepala di Naples selepas gagal menuntut kembali Sicily daripada Charles dari Anjou bagi pihak Kerabat Diraja Hohenstaufen.
- 1787 - Persembahan pertama Don Giovanni, opera Mozart, diadakan di Prague.
- 1923 - Mustafa Kemal Atatürk (gambar) menjadi Presiden pertama Republik Turki, sebuah negara baru yang ditubuhkan daripada saki-baki Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 1956 - Permulaan Krisis Suez: Israel menyerang Semenanjung Sinai dan mengundurkan angkatan tentera Mesir ke Terusan Suez.
- 1998 - Selepas melebihi tiga dekad, John Glenn yang berumur 77 tahun kembali ke angkasa lepas di dalam bolak-balik angkasa lepas Discovery dalam misi STS-95 untuk mengkaji kesan-kesan penerbangan angkasa lepas pada orang-orang tua.