Angkasapuri
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Angkasapuri ialah sebuah bangunan kerajaan utama untuk Kementerian Penerangan Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
[Sunting] Sejarah
Pembinaan bermula pada tahun 1966 dan siap pada tahun 1968. Pada 17hb Febuari 1968, Pusat Penyiaran Malaysia yang diberi nama "Angkasapuri" dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Sebelum Angkasapuri dibuka, Pusat Penyiaran negara ini sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sejarah perkembangannya bermula apabila Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala Lumpur memulakan siarannya di Bukit Petaling pada tahun 1930. Dari sini ia mula berpindah ke Bangunan Guthric dan kemudian ke Bangunan Oriental di Jalan Tun Perak. Selepas itu ia berpindah lagi ke Hospital Tang Lin dan akhirnya ke Rumah Persekutuan, Jalan Raja, Kuala Lumpur selama kira-kira 15 tahun sebelum berpindah ke Angkasapuri. Sementara studio sementara Televisyen Malaysia yang ditempatkan di sebuah bangunan di Jalan Ampang berhampiran dengan Dewan Tunku Abdul Rahman (kini Pusat Pelancongan Malaysia) telah memulakan siarannya pada 28hb Disember 1963.
Bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan sementara di Jalan Ampang (sejak tahun 1963) hanya dipindahkan ke Angkasapuri lebih kurang 2 tahun kemudian, iaitu pada 6hb November 1969. Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya selesai dilaksanakan dalam tahun 1972, apabila Bangunan Radio (Wisma Radio) siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei, 1972 tepat pada jam 12.00 tengah malam.
[Sunting] Ciri-ciri
Pusat Penyiaran Angkasapuri yang indah ini terletak di Bukit Putra iaitu di Kawasan Majlis Perbandaran Kuala Lumpur/Petaling Jaya. Bangunan ini yang tingginya 10 tingkat didirikan di atas kawasan yang luasnya kira-kira 33 ekar dan mengadap ke Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Petaling jaya. Tujuh tingkat daripadanya dikhaskan bagi kegunaan pejabat. Tiap-tiap tingkat mempunyai keluasan 11,000 kaki persegi. Di bangunan ini kerja-kerja pentadbiran dan perancangan untuk penerbitan dan penyiaran dilakukan. Di sebelah selatan bangunan ini terdapat sebuah bangunan dua tingkat yang digunakan untuk kerja-kerja penerbitan dan penyiaran. Di bangunan ini terdapat beberapa buah studio rakaman dan bilik penyiaran; di sinilah rancangan-rancangan televisyen diterbitkan dan disiarkan. Kedua-dua blok bangunan tujuh tingkat (Bangunan Pentadbiran) dan dua tingkat (Bahagian Penerbitan dan Penyiaran) ini dihubungkan oleh sebuah anjung dan sebuah balai sambutan untuk menjadi sebuah kompleks penyiaran yang terbesar di Asia Tenggara.
Kompleks Penyiaran Angkasapuri ini di mana Kementerian Penerangan dan Jabatan Televisyen ditempatkan adalah merupakan peringkat pertama Projek Pusat Penyiaran Malaysia.
Ia mempunyai bahagian-bahagian seperti berikut:
- Bangunan Angkasapuri - digunakan untuk Kementerian Penerangan
- Wisma TV - siaran RTM1 dan RTM2 dan rancangan-rancangan televisyen RTM diterbitkan di sini.
- Wisma Radio - Stesen radio nasional RTM dan Suara Malaysia (kecuali Perkhidmatan Bahasa Tagalog) disiarkan di sini.
- Auditorium Perdana - tempat di mana ada siaran langsung Debat Perdana dan Zoom In. Untuk menjadi penonton dalam sebuah rancangan hiburan, anda perlu mengambil tiket percuma di Balai Pengawal, Angkasapuri Kuala Lumpur hari sebelum persembahan bermula.
- Auditorium P. Ramlee - Jarang digunakan pada masa ini.
- Pusat Penyiaran Antarabangsa - dibuka pada tahun 1998 untuk siaran antarabangsa Sukan Komanwel 1998 dan kemudian menjadi tempat tambahan jabatan penyiaran seperti KL FM.
[Sunting] Rujukan
|
|
---|---|
Daerah: Bandar Tun Razak | Batu | Bukit Bintang | Cheras | Kepong | Lembah Pantai | Segambut | Seputeh | Setiawangsa | Titiwangsa | Wangsa Maju |
|
Kawasan: Bandar Manjalara | Bandar Sri Pemaisuri | Bandar Tasik Selatan | Bangsar | Brickfields | Bukit Damansara | Bukit Jalil | Bukit Kiara | Bukit Nanas | Bukit Petaling | Bukit Tunku | Chow Kit | Pusat Bandar Damansara | Dang Wangi | Imbi | Jalan Duta | Jinjang | Kampung Baru | Kampung Datuk Keramat | Kuchai Lama | Kerinchi | Maluri | Medan Tuanku | Miharja | Mont Kiara | Pudu | Puncak Jalil | Salak Selatan | Semarak | Setapak | Sentul | Shamelin | Sri Hartamas | Sri Petaling | Sungai Besi | Taman Desa | Taman OUG | Taman Melawati | Taman Tun Dr Ismail | Taman U-Thant |