Anugerah Juara Lagu 2006
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Anugerah Juara Lagu ke-21 2006 (AJL 21) adalah sebuah anugerah terbitan TV3 yang mempertandingkan lagu-lagu pencalonan Muzik-muzik yang telah disaringkan untuk membariskan 12 buah lagu terbaik ciptaan penggubah Malaysia pada tahun 2006 sebelum dinobatkan sebagai "Juara Lagu" yang ke-21. Lagu-lagu yang dibawa ke peringkat akhir ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Irama Malaysia & Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock.
Anugerah Juara Juara Lagu ke-21 ini telah dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 21 Januari 2007 jam 9 malam melalui penyiar rasmi TV3 dan Hot FM. Anugerah tersebut diacarakan oleh pengacara Muzik-muzik, Cheryl Samad, yang digandingkan bersama Ally Iskandar dan Fara Fauzana.
Acara tersebut telah dimulakan dengan tradisi berjalan melalui permaidani merah pada 8.30 malam yang diacarakan oleh Awal Ashaari dan Aisyah Sinclair untuk membicarakan fesyen yang dipakai para perseonaliti yang hadir. Penaja utama, L’Oreal Paris turut mengadakan "Anugerah Glam L’Oreal Paris" untuk personaliti yang paling menyerlah pada malam tersebut.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Tema
Pengambilan tema "Rentak Kita Rentak Dunia" merupakan kesinambungan tema daripada AJL tahun lepas iaitu "Evolusi Muzik Berterusan. Pemilihan tema tersebut adalah kerana pihak AJL mahu menjadi landasan dalam usaha menggalakkan penciptaan lagu yang lebih selari dengan aliran muzik dunia dengan mengekalkan identiti tempatan.
Malahan, melalui lagu yang dipertandingkan, penggubah tempatan telah menunjukkan kekreatifan mereka dalam menggabungkan pelbagai melodi, ritma dan susunan muzik walaupun usaha mereka untuk menembusi pasaran dunia tidak berhasil. Dengan usaha pemilihan tema ini, pihak TV3 berharap agar muzik tempatan turut dapat dinikmati oleh orang luar negara dan pihak antarabangsa.
Tema fesyen "fusion" telah dipilih oleh pereka fesyen dalam membuat pakaian personaliti untuk diperagakan malam tersebut. Antara pereka fesyen yang terkenal yang hadir pada malam tersebut ialah Datuk Bernard Chandran dan Hatta Mat Dom.
[Sunting] Penjurian
Penjurian lagu yang dipertandingkan adalah meliputi tiga kriteria iaitu kekreatifan, keaslian dan kesannya terhadap pendengar. AJL kali ini memperlihatkan enam buah anugerah untuk diberi. Selain pemenang setiap kategori yang akan membawa pulang hadiah bernilai RM 12,000 dan trofi, anugerah lain turut dipertandingkan bagi Persembahan Vokal Terbaik (RM 10,000 dan trofi), Persembahan Terbaik (RM 10,000 dan trofi) dan tentunya Juara Lagu yang akan membawa pulang RM 25,000 dan trofi.
Pengadilan bagi pemenang kategori dan keseluruhan diadili oleh juri profesional dari industri muzik tempatan berdasarkan CD album mereka. Bagi Persembahan dan Persembahan Vokal Terbaik, pengadilan ditentukan pada malam tersebut juga melalui persembahan yang diadili oleh set juri yang lain pula.
[Sunting] Finalis
[Sunting] Kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif
- "Candak"
- Nyanyian: Siti Nordiana
- Gubahan: Pak Ngah
- Penulis: Ce' Kem
- "Hantaran Hati"
- Nyanyian: Bob & Aspalela Abdullah
- Gubahan: Nik Nizam
- Penulis: Rosminah Tahir
- "Zapin Cinta SMS"
- Nyanyian: Senario & Adibah Noor
- Gubahan: Ayob Ibrahim
- Penulis: Anuar Dahlan
- "Warkah Buat Laila"
- Nyanyian: Zahid
- Gubahan: Ayob Ibrahim
- Penulis: Habsah Hassan
[Sunting] Kategori Balada
- "Mungkir Bahagia"
- Nyanyian: Hazami
- Gubahan: Hazami
- Penulis: Hazami/Ita
- "Secebis Harapan"
- Nyanyian: Nora
- Gubahan: Zulkifli Mahat
- Penulis: Noor
- "Ku Seru"
- Nyanyian: Misha Omar
- Gubahan: Ajai
- Penulis: Habsah Hassan/Shuhaimi Baba
- "Terlalu Istimewa"
- Nyanyian: Adibah Noor
- Gubahan: Azlan Abu Hassan
- Penulis: Adibah Noor
[Sunting] Kategori Pop Rock
- "Juwita Citra Terindah"
- Nyanyian: M. Nasir
- Gubahan: M. Nasir
- Penulis: M. Nasir
- "Diari Seorang Lelaki"
- Nyanyian: Pretty Ugly
- Gubahan: Neves
- Penulis: Neves
- "Tak Tercapai Akalmu"
- Nyanyian: Elyana
- Gubahan: Aidit Alfian
- Penulis: AD Samad
[Sunting] Pemenang
- Juara Lagu: "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor/Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
- Kategori:
- Etnik Kreatif: "Warkah Buat Laila" (Zahid/Ayob Ibrahim/Habsah Hassan)
- Balada: "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor/Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
- Pop Rock: "Juwita Citra Terindah" (M. Nasir)
- Vokal Terbaik: Adibah Noor ("Terlalu Istimewa")
- Persembahan Terbaik: Hazami ("Mungkir Bahagia")
[Sunting] Trivia
- Lagu "Hantaran Hati" pada asalnya adalah lagu gandingan Bob dan Allahyarhamah Rosiah Chik. Selepas Rosiah Chik meninggal dunia pada tahun 2006, Aspalela Abdullah telah diberi penghormatan untuk menggantikan tempat Rosiah Chik untuk membawakan lagu ini.
- Bagi lagu "Zapin Cinta SMS", Adibah Noor dan setiap ahli kumpulan Senario memegang telefon bimbit yang menunjukkan mereka berSMS.
- Elyana tidak memakai kasut ketika membuat persembahan "Tak Tercapai Akalmu" dengan konsep yang digelarnya "konsep suka hati".
- Kumpulan Pretty Ugly adalah satu-satunya kumpulan kugiran yang bertanding di peringkat akhir kali ini.
- Mawi dan M. Nasir telah mengenakan rambut palsu yang menarik minat dan mengejutkan ramai penonton.
- Anugerah dimulakan dengan persembahan imbauan Juara Lagu yang pertama iaitu "Sekadar di Pinggiran" yang diberikan nafas baru gandingan bersama Francesca Peter, Man Kidal dan Kumpulan Quest dan disusun semula oleh penggubah Helen Yap.
- Persembahan selingan menampilkan Ima (Bintang Mencari Bintang), Yassin, Joe Flizzow, Daly Ahli Fiqir, Akhbar, Ella, Noraniza Idris, Ruffedge, Dayang Nurfaizah dan Faizal (One In a Million).
[Sunting] Rujukan
- (Inggeris) New Straits Times Online - Moving to global rhythm.
- Utusan Online - Anugerah Juara Lagu 21 antara RM3, kontroversi dan Ima.
Anugerah Juara Lagu TV3 | |||
---|---|---|---|
- 1986 - 1987 - 1988 - 1989 - 1990 - | |||
- 1991 - 1992 - 1993 - 1994 - 1995 - | |||
- 1996 - 1997 - 1998 - 1999 - 2000 - | |||
- 2001 - 2002 - 2003 - 2004 - 2005 - | |||
- 2006 - | |||