Beguk
Dari Wikipedia bahasa Melayu
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Beguk adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus (RNA Paramyxovirus). Ianya di sebarkan melalui udara oleh orang yang dijangkiti beguk samaada dengan beresin, batuk dan sebagainya. Gejalanya demam, kelenjar yang bengkak dan sakit di bahagian rahang.
Waktu terdedah sehingga timbul gejala penyakit ialah dari 14 sampai 25 hari. Tempoh pengasingan yang disarankan selama 9 hari setelah bengkak timbul.
Pencegahannya ialah melalui imunisasi (MMR) pada usia 12 bulan dan 4 tahun.