FM Stereo Johor Bahru
Dari Wikipedia bahasa Melayu
FM Stereo Johor Bahru atau FMJB ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia secara eksklusif untuk kawasan metropolitan Johor Bahru dan sebagai satu pelengkap kepada Johor FM.
Stesen ini mula bersiaran pada 20hb Oktober 1988 dengan mengambil alih pemancar FM Stereo Johor FM lama yang dahulunya ialah Radio Malaysia Johor Bahru. Berbeza dengan Johor FM, stesen ini menyiarkan berita tempatan dan hiburan selama 18 jam sehari. Tidak seperti Johor FM yang mempunyai liputan seluruh negeri Johor, FMJB hanya boleh didengar di Johor Selatan dan Singapura dipancarkan melalui FM 107.5 MHz.