Genting Highlands
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di Asia Tenggara.
[Sunting] Ciri-ciri
Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-satunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia. Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hotel mempunyai sejumlah 6,118 bilik, menjadikannya hotel terbesar di dunia pada masa kini[1], mengatasi MGM Grand Las Vegas, bekas pemegang gelaran hotel terbesar dengan 5,690 bilik. Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit, dewan konsert dan banyak lagi. Genting Highlands Resort juga menempatkan hutan berusia 100 juta tahun.
Terdapat juga sistem berkomputer di luar First World Hotel yang boleh mengira secara automatik bilangan slot letak kereta yang tinggal dalam keempat-empat hotel berikut: Genting Hotel, Highland Hotel, First World Hotel dan Resorts Hotel.
[Sunting] Acara
Dalam setiap tahun, Genting Highlands berfungsi sebagai garis penamat satu pusingan lumba basikal le Tour de Langkawi. Pusingan tersebut merupakan salah satu laluan memanjat yang terpanjang (30 km) dalam sesuatu acara lumba basikal. Di bawah bukit ini adanya tokong Cina bernama Chin Swee Temple bagi kaum Cina serta Masjid Yayasan Mohammad Noah bagi umat Islam.
Kasino Genting dinobatkan sebagai Resort Kasino Peneraju di dunia pada November 2005 oleh World Travel Awards.
[Sunting] Pautan luar
- [http://genting.com.my/ laman rasmi Genting Highlands
- Malaysia Travel Guide: Genting Highlands
- Genting Highlands Information
- Genting Highlands Casino and Theme Park
- Genting Highlands Experience
Pahang Darul Makmur | ||
---|---|---|
Daerah: Bera | Bentong | Cameron Highlands | Jerantut | Kuantan | Lipis | Maran | Pekan | Raub | Rompin | Temerloh | ||
Bandar: Bandar Indera Mahkota | Bandar Jengka | Bandar Muadzam Shah | Bandar Tun Abdul Razak | Batu Talam | Benta | Bentong | Beserah | Brinchang | Bukit Tinggi | Chenor | Cherating | Bukit Fraser | Gambang | Gebeng | Genting Highlands | Genting Sempah | Gohtong Jaya | Janda Baik | Jerantut | Karak | Ketari | Kuala Lipis | Kuala Rompin | Kuantan | Lanchang | Lubuk Paku | Lurah Bilut | Maran | Mentakab | Merapoh | Pekan | Raub | Rompin | Sungai Lembing | Tanah Rata | Temerloh | Teriang | ||
Pulau: Pulau Tioman |