Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/1 November
Dari Wikipedia bahasa Melayu
1 November: Hari Kebangsaan di Algeria, Hari Kemerdekaan di Antigua dan Barbuda (1981), Hari Para Orang Kudus dalam Katolik.
- 1512: Siling Gereja Sistine dicat semula dalam fresco oleh Michelangelo.
- 1521: Ferdinand Magellan mengetuai ekspedisi Eropah pertama untuk melayari Selat Magellan, laluan yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Atlantik di selatan tanah besar Amerika Selatan.
- 1755: Gempa bumi besar dan tsunami memusnahkan Lisbon, dan mengorbankan lebih 100,000 nyawa di Portugal dan Morocco.
- 1954: Front de Libération Nationale memulakan Perang Kemerdekaan Algeria menentang pemerintahan Perancis, dengan serangan gerila di pelbagai kawasan di Algeria.
- 1963: Balai Cerap Arecibo, dengan teleskop radio (gambar) terbesar di dunia, dibuka secara rasmi di Arecibo, Puerto Rico.
Hari-hari sebelum: 31 Oktober – 30 Oktober – 29 Oktober