Johor FM
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Johor FM (sebelum ini dikenali sebagai Radio Malaysia Johor dan Radio 3 Johor Bahru) ialah sebuah stesen radio negeri Johor yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dari Johor Bahru. Ia disiarkan dalam Bahasa Melayu dan menyiarkan berita tempatan dan muzik Malaysia, 18 jam sehari dari jam 06:00 hingga 00:00. Johor FM adalah salah satu stesen radio tempatan pertama di Malaysia. Slogannya ialah Permata Selatan.
[Sunting] Sejarah
- 7 November 1963: Stesen Johor Bahru ditubuhkan sebagai sebuah Stesen Pemancar Gelombang Sederhana dengan kuasa 10 kW.
- 1965: Rangkaian Radio Malaysia Kawasan Selatan (Bahasa Melayu) mula ke udara
- 4 Jun 1966: Stesen Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
- 1968: Tambahan 3 rangkaian siaran radio daerah dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil (Rangkaian Biru, Merah dan Hijau)
- 1971: Ibu Pejabat RTM Kawasan Selatan dipindahkan ke Johor Bahru dari Melaka.
- 1976: Waktu Siaran Kawasan Selatan bagi Rangkaian Nasional ditambah satu jam dari pukul 15:30 hingga 19:15. Siaran tempatan bermula dari pukul 17:15 hingga 19:15.
- 1 September 1980: Waktu siaran Rangkaian Nasional ditambah lagi 50 minit iaitu dari pukul 08:10 hingga 09:00.
- 1 Januari 1982: Waktu Siaran Rangkaian Nasional terus bertambah dari pukul 08:00 hingga 09:00 dan dari pukul 15:30 hingga 19:45.
- 30 Ogos 1988: Siaran RMJB disiarkan melalui FM Stereo, iaitu jam 07:00 hingga 09:00 dan 15:30 hingga 19:45.
- 20 Oktober 1988: FM Stereo ke udara sebagai satu rangkaian berasingan bermula dari jam 06:00 hingga 00:00. RMJB ke udara semula melalui gelombang sederhana 521 KHz
- 31 Ogos, 1989: Siaran Kawasan dan Tempatan dikenali dengan Radio 3. Radio 3 Kawasan Selatan (siaran Kawasan) dan Radio 3 Johor Bahru (siaran Tempatan)
- 1 Januari 1990: Siaran Radio 3 Pagi: 07:00 hingga 09:00. Petang: 15:10 hingga 20:10.
- 3 September 1990: Siaran Radio 3 Pagi: 06:00 hingga 09:00. Petang: 14:00 hingga 21:00.
- 1 Mei 1991: Bilik Hubungan (FM) mula digunakan
- 1 Januari 1992: Tambahan masa siaran 06:00 hingga 21:00. Siaran Stesen RMJB yang keudara melalui Gelombang Sederhana mula juga disiarkan melalui Gelombang FM
- 1 Januari 1993: Tambahan masa siaran 06:00 hingga 00:00. Jumlah siaran Radio 3 Johor Bahru 18 jam sehari.
- 1994: Stesen RTM Johor dan FMJB mula beroperasi dari bangunan baru iaitu Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar. Dengan pembinaan Kompleks ini kawasan seluas lebih 75 ekar sekarang menempatkan Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan Stesen Pemancar Johor Bahru
- 1 November 1995: Siaran Radio 3 Johor telah menggunakan peralatan sistem Digital (berkomputer)
- 12 April 1997: Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar dirasmikan oleh DYMM Sultan Johor
- 31 Ogos 1998: Radio 3 Johor bertukar nama kepada RADIO MALAYSIA JOHOR
- 2 Jun 2005: Radio Malaysia Johor bertukar nama kepada JOHOR FM PERMATA SELATAN. Dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato Hj Abdul Ghani Othman, berikutan penjenamaan semula stesen radio RTM.
[Sunting] Frekuensi
- FM 101.9 MHz Gunung Pulai (Johor Selatan dan Singapura)
- FM 92.1 MHz Bukit Tinggi (Johor Timur)
- FM 105.3 MHz Gunung Ledang (Johor Utara dan Melaka)
- AM 1053 kHz Johor Timur
- AM 576 kHz Johor Selatan dan Singapura