Mutiara FM
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Mutiara FM (sebelum ini dikenali sebagai Radio Malaysia Pulau Pinang dan Radio 3 Pulau Pinang) ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia, disiarkan dari Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang. Ia disiarkan setiap hari dalam Bahasa Melayu dari 06:00 hingga 00:00 menyiarkan berita tempatan dan muzik nasional. Ia dipancarkan dari Bukit Penara di 95.9 MHz dan dua pemancar kuasa rendah (93.9 MHz untuk Seberang Perai Utara dan 90.9 MHz di bahagian Barat Pulau Pinang.
[Sunting] Sejarah
Pulau Pinang telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan "Yayasan Wayarles Pulau Pinang". Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah "ZHJ". Siaran "ZHJ" dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 19:00 hingga 22:00 tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil.
Apabila Jepun memasuki Malaya pada tahun 1941, Kelab C.R.C di Jalan Burma telah dijadikan stesyen radio sementara.
Pada tahun 1946, Radio Malaya muncul dengan siaran rancangan-rancangan dari Pulau Pinang dan siaran Warta Berita disambung dari Singapura.
Pada tahun 1948,Radio Malaya berpindah dari Kelab C.R.C ke Bangunan United Engineers di Lebuh Bishop. Pada tahun 1955, Radio Malaya berpindah ke studio sementara di Jalan Sepoy Lines dari Pejabat sementara di Gelugor.
Radio Malaya mula beroperasi di bangunan di Jalan Burma sehingga sekarang. Bangunan ini dibuka dengan rasmi oleh Gabenor Pulau Pinang, TYT Yang Mulia Raja Tun Uda pada 30hb Oktober 1965.