Pengangkutan di Melaka
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pengangkutan tradisional
Sebelum wujudnya sistem perhubungan dan pengangkutan yang moden di Tanah Melayu, corak perhubungan rata-rata berdasarkan air. Di masa itu sungai dan laut memainkan peranan utama sebagai jalan penghubungan antara satu sama lain. Perhubungan melalui sungai ini juga mempunyai gejala-gejala keburukannya, terutama di musim tengkujuh. Untuk pengangkutan, terdapat perahu-perahu yang memudik dan hilir anak-anak sungai dan kapal-kapal besarnya pula melayari lautan sebuah pelabuhan ke sebuah pelabuhan lain.
Kini, perhubungan ini bertukar melalui jalan darat. Penggunaan water-routes dan footpaths ini berkekalan hingga ke akhir abad ke -19, apabila secara beransur-ansur jalan-jalan kereta api dan jalanraya moden dibina oleh Inggeris untuk mengambilalih fungsi perhubungan dan pengangkutan. Perkembangan ini berlaku peringkat demi peringkat. Dari lorong-lorong dan denai yang melalui hutan rimba, ia berubah menjadi jalan-jalan kereta yang berlubang-lubang dan bengkang-bengkok. Dengan campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Tanah Melayu jalan-jalan kereta dimodenkan sehingga membentuk satu sistem perhubungan yang amat efisien. Fungsi sungai mulai tercabar dan secara beransur-ansur kepentingannya merosot. Pengangkutan yang popular pada zaman dahulu adalah seperti berikut:
[Sunting] Pengangkutan moden
[Sunting] Dengan jalan
- Jarak Melaka ke Kuala Lumpur ialah 147 km.
- Jarak Melaka ke Singapura ialah 205 km.
- Melaka dihubungkan dengan Kuala Lumpur , Utara dan Selatan melalui Lebuhraya Utara Selatan.
- Melaka Sentral - stesen bas ekspres dan antara bandar.
[Sunting] Dengan kereta api
- Melaka tiada jaringan jalan kereta api tetapi boleh dihubungi dengan stesen kereta api terdekat di Tampin , sempadan Melaka dan Negeri Sembilan
[Sunting] Dengan udara
- Lapangan Terbang Batu Berendam
[Sunting] Dengan laut
- Jeti di Bandar Melaka ke Dumai, Sumatera, Indonesia menaiki feri.