Sandakan FM
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sandakan FM (dulu Radio Malaysia Sandakan) ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Stesen radio utamanya bersiaran dari Tingkat 6, Wisma Persekutuan, Sandakan.
[Sunting] Sejarah
Pejabat RTM Sandakan wujud pada 2 Mei 1986. Ia terletak di Tingkat 6 Wisma Persekutuan Sandakan. Pada ketika itu peranan RTM Sandakan adalah membuat liputan peristiwa di Bahagian Sandakan. Bahan-bahan berakam liputan dihantar ke RTM Kota Kinabalu untuk disiarkan di Radio Malaysia Sabah di Kota Kinabalu menerusi saluran Rangkaian Nasional dan Biru.
Pada 5 Januari 1992, Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Tuan Haji Abdul Aziz Abas telah melancarkan Radio Malaysia Sandakan. Ia telah dilancarkan pada pukul 6 pagi melalui gelombang sederhana 783 KHz. Siaran RMS itu dapat diikuti dalam lingkungan 70 batu dari Pusat bandar Sandakan iaitu menerusi siaran AM.
Siaran RMS merupakan siaran radio daerah yang ketiga di Sabah selepas siaran radio daerah Tawau dan Labuan. RMS ke udara setiap hari selama 5 jam iaitu bermula jam 6 pagi hingga 9 pagi dari jam 4 petang hingga 6 petang.
Pelancaran RMS mempunyai beberapa matlamat penting, antaranya ialah:
- memberi peluang kepada masyarakat kawasan tersebut untuk mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat.
- menggalakkan semua pihak mengambil kesempatan untuk meningkatkan lagi interaksi yang lebih padu ke arah kejayaan bersama.
- menggalakkan jabatan-jabatan kerajaan mengambil kesempatan untuk meningkatkan penyebaran maklumat mereka menerusi radio.
- meningkatkan hubungan di antara Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan masyarakat setempat.
- menyalurkan segala maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan kepada orang ramai.
Alat pemancar Sandakan FM menyalurkan siarannya menerusi frekuensi MW 783 KHz sehingga 30 Jun 2003 dan menghentikan perkhidmatannya pada 1 Julai 2003.
Siaran Sandakan FM dapat didengar menerusi frekuensi FM 90.1 MHz apabila alat pemancar FM Stereo di Bukit Trig Sandakan mula beroperasi sejak 26 Mac 2003 dan masih bersiaran pada hari ini.
[Sunting] Rujukan
- http://hids.arkib.gov.my/doc/1999/januari/05_01_1992_1999.htm
- http://www.sandakanfm.net.my/bahan/sejarah.htm