Yo soy Betty, la fea
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Yo soy Betty, la fea | |
---|---|
Genre | Komedi/Drama/Romantik |
Selang Masa | 30/45 minit |
Penerbit | María del Pilar Fernández |
Dibintangi | Ana Maria Orozco, Jorge Enrique Abello, Natalia Ramírez |
Negara Asal | Colombia |
Penyiar Asal | Canal 13 |
Tempoh Penyiaran | 1999 (Malaysia = 2002-2003) |
Bilangan Episod | 169 Episod |
Yo soy Betty, la Fea (Saya Betty, yang hodoh) merupakan sebuah telenovela popular yang difilemkan di Colombia dan diterbitkan oleh rangkaian Colombian iaitu RCN (Radio Cadena Nacional- "Rangkaian Radio Nasional").
Kisah ini menceritakan watak utama, Beatriz Pinzón Solano, sebagai wanita yang pintar tetapi tidak menarik yang bekerja di sebuah syarikat perekaan fesyen. Dia menghadapi banyak dugaan dari masyarakat sekeliling dan tekanan dari semua perkara tetapi semuanya berubah apabila dia mula dinaikkan pangkat dan menyedari akan golongan yang digaulinya menginginkan dia menjadi seorang wanita yang lebih daripada apa yang dia miliki.
Rancangan ini terkenal dan telah disiarkan ke seluruh dunia. Kejayaannya telah melahirkan sekuel yang tidak berapa berjaya iaitu Ecomoda yang juga difilemkan di Colombia, dan diterbitkan oleh RCN dan Univisión.
- Kata Tag: El Mundo se enamorará de ella (Dunia akan jatuh cinta kepadanya)