12 September
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | September | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2007 |
12 September merupakan hari ke-255 (hari ke-256 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 110 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Cape Verde.
[Sunting] Peristiwa
- 1683 - Perang Turki Agung: Tentera Poland yang diketuai oleh Jan III Sobieski bersekutu dengan tentera Habsburg untuk mengalahkan tentera Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Perang Vienna.
- 1933 - Leó Szilárd, yang menunggu lampu merah untuk menyala di Southampton Row di Bloomsbury, mendapat idea tentang reaksi nuklear.
- 1942 - Insiden Laconia: Sebuah U-bot menenggelamkan kapal RMS Laconia dengan sebuah torpedo berhampiran dengan pesisir pantai Afrika Barat dan cuba untuk menyelamatkan penumpangnya, yang termasuk 80 orang awam, 160 askar Poland dan 268 askar British dan 1800 tahanan perang Itali.
- 1977 - Aktivis anti-aparteid Afrika Selatan, Steve Biko (gambar) terbunuh semasa dalam tahanan polis.
- 1992 - Abimael Guzmán, pemimpin pertubuhan gerila Maoist Peru, Shining Path, ditangkap di Lima.