Adnan Yaakob
Dari Wikipedia bahasa Melayu
YAB Dato' Seri Adnan bin Yaakob (Lahir 18 April 1950) merupakan Menteri Besar Pahang.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kehidupan Awal
Beliau dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau mendapat pendidkan awal di Sekolah Rendah Sulaiman dan Sekolah Menengah Sulaiaman. Beliau mengambil peperiksaan STPM sebagai calon persendirian dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1972-1975. Kemudian beliau menyambung mengambil Diploma Pendidikan di universiti yang sama sehingga tahun 1977.
[Sunting] Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong pada tahun 1969 sebelum menyambung pengajian pada 1972. Kemudian beliau meneruskan perkhidmatan sebagai guru sehingga mengambil keputusan berhenti untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada tahun 1985. Pada tahun 1986, beliau bertanding dalam Pilihanraya Umum 1986 di DUN Pelangi mengalahkan calon DAP.
[Sunting] Politik
Beliau yang menyertai UMNO pada tahun 1969, telah memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Pemuda Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Bahgian Bentong pada 1987. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999, menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. Kemudian pada 27 Mac 2004, beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal kedua.
[Sunting] Keluarga
Beliau berkahwin dengan Datin Seri Junaini binti Kassim dan dikurniakan empat orang anak.
[Sunting] Alamat
YAB Datuk Seri Adnan Yaakob
Pejabat Menteri Besar Pahang
25500 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5121155/5121682/09-5162064
Fax : 09-5157766
[Sunting] Jawatan
[Sunting] Pautan luar
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Pahang 25 Mei 1999 – Kini |
Penyandang Kemudian |
Mohd Khalil Yaakob | Penyandang |