Bidor
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bidor ialah sebuah bandar di negeri Perak, Malaysia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Lokasi
Dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur, anda akan melalui Kampar, Tapah, Bidor, Sungkai,Tanjung Malim, Sungai Buloh; mengikut turutan tersebut.
Bidor juga merupakan tempat yang biasanya akan dilalui apabila menuju ke Teluk Intan.
[Sunting] Ekonomi
Salah satu punca pendapatan Bidor datangnya daripada orang luar yang singgah di bandar ini dalam perjalanan mereka ke tempat lain.
Sebelum pengenalan Lebuh raya Utara Selatan, Bidor ialah bandar persinggahan yang tidak boleh dielakkan oleh semua pemandu. Kini, pemandu tetap memilih untuk singgah di Bidor untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Bidor amat terkenal dengan buah jambu tanpa biji dan petai.
[Sunting] Kampung di Bidor
- Kampung Cegar, Jalan Sungkai
- Kampung Petalin
- Kampung Dato'Kamarudin
[Sunting] Masjid di Bidor
- Masjid Jamek
- Masjid Jeram Mengkuang
- Masjid Jamek Kampung Poh
[Sunting] Pendidikan
- Sek.Men.Keb.Syeikh Abdul Ghani, Jalan Sungkai
- Sek.Men.Jen.Keb. (Cina) Choong Hua, Belakang Pasar
- Sek.Ren.Kebangsaan Seri Bidor, Jalan Persatuan
- Sek.Ren.Jen.Keb. (Cina) Choong Hua II, Jalan Majlis Daerah
- Sek.Ren.Jen.Keb. (Tamil) Tun Sambanthan, Jalan Sungkai
- Sek.Keb. Bidor, Jalan Sungkai
- Sek.Ren.Jen.Keb. (Cina) Tanah Mas, Kg. Baharu Tanah Mas
- Sek.Keb. Jeram Mengkuang, Kg.Jeram Mengkuang
- Sek.Ren.Jen.Keb. (Cina) Bukit Pagar, Kg.Baharu Bukit Pagar
- Sek.Men.Keb.Bidor,Jalan Teluk Intan
[Sunting] Pautan luar
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |