Daun Saderi
Dari Wikipedia bahasa Melayu
[Sunting] Nama
Juga dipanggil Daun Sup.
[Sunting] Cara Menanam Dengan Mudah
Beli Daun Sup yang dibeli dari pasar atau supermarket yang mempunyai akar. Rendamkan pokok Daun Sup itu di dalam bekas atau mug yang berisi air paip selama lebih kurang 1 hari. Semasa hendak tanam, potong daunnya (untuk dibuat masakan) dan tinggalkan akar dan pangkal pokok lebih kurang 1 - 2 inci. Tanam dalam pasu dan pastikan tanahnya sentiasa dijirus air dan sentiasa lembab. Letak ditempat teduh. Jangan jirus air terlalu banyak kerana ianya akan reput.
[Sunting] Menuai Hasil
Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru. Dengan itu anda boleh mengambil hasilnya buat masa yang lebih panjang sehingga pokok tersebut mati.