Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/4 Mac
Dari Wikipedia bahasa Melayu
4 Mac: Hari Santo Casimir di Lithuania, Daeboreum di Korea dan Pesta Tanglung dalam kalendar Cina (2007).
- 1461 - Perang Bunga Ros di England: Raja Henry VI (gambar) daripada Keluarga Diraja Lancaster digulingkan oleh saudara sepupunya daripada Keluarga Diraja York yang kemudiannya menjadi Raja Edward IV.
- 1681 - Raja Charles II dari England memberikan William Penn piagam untuk Koloni Pennsylvania.
- 1825 - Walaupun kalah dalam kedua-dua pengundian Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat dan pilihan raya presiden pada tahun 1824, John Quincy Adams dilantik dalam upacara khas sebagai Presiden Amerika Syarikat yang keenam.
- 1877 - Emile Berliner mencipta mikrofon.
- 1980 - Robert Mugabe daripada parti Kesatuan Nasional Afrika Zimbabwe dipilih sebagai ketua kerajaan Zimbabwe yang pertama.