Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tan Sri Mohd Isa B Hj. Abdul Samad (Lahir 14 November 1949) merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO.
Dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sek. Men. Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978).
Memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Linggi. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Sembilan sehinggalah pilihanraya 1982. Pada tahun yang sama beliau dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sehingga 2004.
Memenangi kawasan Parlimen Jempol dalam pilihanraya 2004, Tan Sri Isa kemudiannya dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sehingga 2005.
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 29 April 1982 – 25 Mac 2004 |
Penyandang Kemudian |
Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim | Datuk Seri Mohamad Hasan |
Penyandang Terdahulu | Menteri Wilayah Persekutuan Mac, 2004 – Februari 2006 |
Penyandang Kemudian |
Yang Pertama | Datuk Zulhasnan Rafique |