Mohd Shafie Apdal
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Mohd Shafie Apdal | |
Jawatan | Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna |
Tempoh khidmat | sejak 30 Mac 2004 |
Timbalan | Datuk Veerasingam a/l Suppiah |
Menurut | |
Pengganti | |
Parti politik | UMNO |
Tarikh lahir | 20 Oktober 1957 |
Tempat lahir | Semporna, Sabah |
Tarikh kematian | |
Tempat kematian | |
Pekerjaan | |
Agama | Islam |
Pasangan | Datin Shuryani binti Shuaib |
Datuk Mohd Shafie Apdal (lahir 20 Oktober 1957) ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Malaysia.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Biografi ringkas
Dilahirkan di Semporna, Sabah, Mohd Safie memperoleh Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London, dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Universiti Staffordshire di England.
[Sunting] Kerjaya perkhidmatan awam
Setelah menghabiskan kursusnya di England, Mohd Safie kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Ahli Ekonomi dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 1982. Pada tahun 1984, beliau berpindah ke Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah untuk memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kanan. Beliau kemudian berpindah ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah pada tahun 1987 untuk menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah, dan dari tahun 1991 hingga 1993, merupakan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Datuk Hj. Sakaran bin Dandai, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
[Sunting] Kerjaya politik
Mohd Shafie menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan antara 15 Mei 1995 dan 24 Mei 1999. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen sehingga kini (2006). Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Mei 1999 dan kemudian berpindah ke Kementerian Pertahanan untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri antara 14 Disember 1999 dan 29 Mac 2004. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Mohd Shafie dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 30 Mac 2004.
[Sunting] Keluarga
Beliau mendirikan rumahtangga dengan Datin Shuryani binti Shuaib dan dikurniakan 6 anak.
[Sunting] Alamat rasmi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Tingkat 33, Menara Dayabumi
Jalan Sultan Hishamuddin
50623 Kuala Lumpur
Tel : 03-22744127 / 03-20715959 / 03-20715040
Fax : 03-22744520
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Pautan Luar
Penyandang Terdahulu | Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 30 Mac 2004 – Kini |
Penyandang Kemudian |
Y.B Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin | "Penyandang" |