SCTV
Dari Wikipedia bahasa Melayu
SCTV (singkatan untuk Surya Citra Televisi) ialah sebuah stesen televisyen swasta Indonesia.
Stesen televisyen bermula pada tahun 1990 dengan liputan siarannya terbatas di Surabaya dan kawasan sekitarnya.Pada waktu itu stesen televisyen ini dikenali sebagai Surabaya Centra Televisi.
Pada tahun 1993 dengan keizinan Kementerian Penerangan , SCTV mengorak langkah menjadi stesen televisyen nasional dan pejabatnya berpindah ke Jakarta pada 1999.Kini penontonnya berjumlah kira-kira 158 juta orang dengan 32 pemancar ke 248 bandar di seluruh Indonesia. Cogan katanya 'Satu Untuk Semua'.
SCTV banyak menayangkan sinetron-sinetron yang diminati ramai contohnya Sinetron Malin Kundang dan Kiamat Sudah Dekat yang juga ditayangkan di Malaysia.SCTV juga mempunyai majlis anugerah untuk menghargai karyawan negara itu iaitu SCTV Music Award yang diadakan setiap tahun.
SCTV juga boleh ditonton di Astro Nusantara.