Semporna
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Semporna pada zaman dahulu kala dikenali sebagai Tong Talun yang bererti "Hujung Hutan" dalam Bahasa Bajau yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna merupakan sebuah pulau besar di mana di sekelilingnya terdapat banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.
Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di Semporna adalah suku kaum Bajau dan Suluk yang berasal dari Selatan dan Barat Laut di kepulauan Filipina.
Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun.