Serbuan JAWI di Zouk Club tahun 2005
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pada 13 Januari 2005, pihak JAWI telah mengadakan serbuan di sebuah kelab malam Zouk Club. Dalam serbuan tersebut kira-kira 100 orang muslim termasuk penyanyi Jeslina Hashim turut ditahan pada pukul satu pagi.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Komen pelbagai pihak
Isu serbuan JAWI di Zouk Club pada 13 Januari 2005 menjadi hangat dengan komen dari pelbagai pihak.
Antara komen yang dibuat adalah:- “Mereka mungkin mempunyai kuasa agak terhad untuk bertindak,” (Berita Harian 3 Februari 2005.)
“Kabinet memutuskan soal moral lebih baik ditinggalkan kepada ibubapa.” kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam akhbar New Straits Times, semalam.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa kuasa "JAWI" dipertimbangkan kembali. [1]
Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad berkata beliau bercadang untuk bertemu dengan pengadu dan kemudiannya dengan JAWI juga. “Kita mahu mendengar dari kedua-dua belah pihak”, tambah beliau.
Seorang ibu yang dikenali dengan nama Maria, seorang ahli perniagaan berusia 50an berkata:-
What JAWI officers had done was wrong. We are our children's moral police, not them. If we do not treat our children like delinquents, what right have they to do so? | ||
—Puan Maria, Malay Mail |
[Sunting] Ulasan Jeslina
Antara yang paling menonjol mempersoalkan kewibaan pihak JAWI adalah Jeslina Hashim yang dikatakan membuat sindiran kepada pihak JAWI dalam rancangan Melodi
Antara lain beliau amat kecewa dengan tindakan pihak JAWI yang menangkap mereka ketika itu. Kononnya itu adalah hak mereka sebagai seorang remaja di sebuah negara demokrasi.
Sedangkan ibu bapa kami tidak menghalang kami untuk berhibur, kenapa pula orang lain seperti JAWI sibuk-sibuk untuk menjaga kami? Kebanyakkan ibu bapa kami tahu di mana kami berada dan mereka tahu bila kami akan balik. Akibat tindakan JAWI menangkap dan tidak membenarkan kami berhubung dengan ibu bapa kami ianya bukan sahaja menyusahkan kami malahan juga para ibu bapa kami | ||
—Jeslina, interviu dengan Wahid Senario |
Sebelum temu bual itu berakhir, artis tersebut memperli JAWI ketika bersalam dengan pengacara dengan berkata "nanti ditangkap" kerana bersalam antara lelaki dan wanita.
[Sunting] Campurtangan kabinet
Pada 15 Februari 2005 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap penyanyi Jeslina Hashim, 27, berhubung penahanannya di sebuah pusat hiburan pada 13 Januari lalu.
Pembatalan saman terhadap penyanyi itu dimaklumkan menerusi surat yang dikeluarkan JAWI kira-kira pukul 3 petang. Surat itu memaklumkan pembatalan saman kes jenayah di bawah Akta 29 Kelakuan Tidak Sopan. Jeslina dijadualkan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 5 April depan.
Pada 17 Februari 2005, Pegawai JAWI tersebut mengeluarkan kenyataan dalam Malay Mail bahawa pihak Kabinet telah mengarahkan mereka membatalkan saman tersebut pada hari Selasa iaitu sebelum mesyuarat Kabinet pada hari Rabu (hari ini), tanpa apa-apa perbicaraan di mahkamah.
Peristiwa ini menarik minat orang ramai kerana ini merupakan titik penting, di mana pihak kabinet telah campur tangan dalam sistem badan kehakiman. Ini kerana sekiranya pihak tertuduh tidak bersalah, sistem perhakiman mahkamah Syariah adalah yang terbaik untuk menentukannya. Bagaimanapun dengan campurtangan ini, hal ini berakhir dalam kekaburan.
Rentetan dari peristiwa ini, pihak JAWI telah menjadi bahan ejekan pelbagai pihak. Beberapa pihak turut menyifatkan bahawa ini bukanlah kali pertama pihak JAWI diperlekehkan kerana Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom pernah dibersara awal akibat kes "Wanita Melayu Menyertai pertandingan Ratu Cantik" di sebuah disko "The Ship" sesuatu ketika dulu.
[Sunting] Pautan luar
- http://72.14.235.104/search?q=cache:nKUzqo-Q954J:www.sistersinislam.org.my/Baraza_2005V1_1h.pdf+%22Federal+Territory+Religious+Department+(JAWI)%22&hl=en&gl=us&ct=clnk&cd=18
- http://www.malaysia-today.net/Blog-e/2005_03_01_MT_BI_archive.htm
- http://www.suaram.net/display_article.asp?ID=228
- http://www.hakam.org/news_230105.htm
- http://www.malaysiakini.com/opinionsfeatures/33485