Tujuh Keajaiban Dunia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Tujuh Keajaiban Dunia (atau Tujuh Keajaiban Dunia Purba) merupakan senarai tujuh ciptaan binaan purba yang menakjubkan. Versi yang paling awal diketahui telah dibuat pada abad kedua Sebelum Masihi oleh Antipater dari Sidon; yang menjadi panduan dikalangan pemerhati masyarakat Hellenik yang hanya memerhatikan hasil kerja pembinaan di sekitar Mediterranean. Senarai kemudiannya memasukkan ciptaan Zaman Pertengahan dan Zaman Moden.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Tujuh Keajaiban Dunia Purba
Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:
Keajaiban | Tarikh | Pembina | Musnah | Punca |
---|---|---|---|---|
Piramid Agung Giza | 2650-2500 SM | Mesir | masid wujud | N/A |
Taman Tergantung Babylon | 600 SM | Babylonia | selepas abad pertama SM | gempa bumi |
Kuil Artemis di Ephesus | 550 SM | Lydia, Parsi, Greek | 356 SM | terbakar |
Berhala Zeus di Olympia | 435 SM | Greek | antara abad ke-5 dan ke-6 M | terbakar |
Makam Maussollos di Halicarnassus | 351 SM | Parsi, Greek | sebelum 1494 M | gempa bumi |
Patung Raksasa Rhodes | 292-280 SM | Yunani Hellen | 224 SM | gempa bumi |
Rumah Api Iskandariah | abad ke-3 SM | Mesir Keyunanian | 1303-1480 M | gempa bumi |
Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.
[Sunting] Senarai moden
Oleh kerana kebanyakan dari keajaiban dunia telah musnah, ramai yang mencadangkan agar mencari yang baru dan menamakan keajaiban yang sedia ada sebagai Tujuh Keajaiban Dunia Purba. Maka, kini terdapat banyak senarai keajaiban yang dibuat yang terdiri dari hasil kejuruteraan manusia hinggalah ke keajaiban alam semula jadi. Walau bagaimanapun, tiada kesepakatan yang dibuat oleh umum tentang senarai itu. Namun lebih banyak keajaiban dunia yang masih tidak diketahui.
[Sunting] Keajaiban moden
Persatuan Kejuruteraan Awam Amerika menyususn satu senarai keajaiban dunia moden [1]:
Keajaiban | Mula dbina | Dirasmikan | Lokasi |
---|---|---|---|
Channel Tunnel | 1 Disember 1987 | 6 Mei 1994 | Selat Dover, Eropah |
Menara CN | 6 Februari 1973 | 26 Jun 1976 | Toronto, Ontario, Kanada |
Bangunan Empire State | 22 Januari 1930 | 1 Mei 1931 | New York, New York, Amerika Syarikat |
Jambatan Golden Gate | 5 Januari 1933 | 27 Mei 1937 | Selat Golden Gate, utara San Francisco, California, Amerika Syarikat |
Empangan Itaipu | Januari 1970 | 5 Mei 1984 | Sungai Paraná, Amerika Selatan |
Delta Works | 1953 | 10 Mei 1997 | Belanda |
Terusan Panama | 1 Januari 1880 | 7 Januari 1914 | Segenting Panama, Amerika Tengah |
[Sunting] Keajaiban tarikan pelancongan
Berikut merupakan senarai tujuh tumpuan pelancongan (tidak termasuk ziarah) yang disusun oleh Hillman Wonders:[2]
- Piramid Agung Giza
- Tembok Besar Negara China
- Taj Mahal
- Perpindahan Serengeti
- Galapagos
- Grand Canyon
- Machu Picchu
[Sunting] Keajaiban semula jadi
Berikut merupakan senarai tujuh keajaiban semula jadi yang disusun oleh CNN [3]:
- Grand Canyon
- Terumbu Sawar Besar
- Pelabuhan Rio de Janeiro
- Gunung Everest
- Aurora kutub
- Gunung berapi Parícutin
- Air Terjun Victoria
[Sunting] Keajaiban dalam air
Senarai berikut tidak diketahui pembuatnya (lebih kepada pembentukan semula jadi) tetapi ia agak dikenali:[4] [5]
- Palau
- Terumbu Sawar Belize
- Terumbu Sawar Besar
- Jurang Laut-Dalam
- Kepulauan Galapagos
- Tasik Baikal
- Laut Merah Utara
[Sunting] Tujuh keajaiban baru
Pada tahun 2006, dua buah organisasi telah memperkenalkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru".
Pada awal 2006, sebuah inisiatif telah dimulakan oleh organisasi Switzerland iaitu Perbadanan Dunia Terbuka Baru (New Open World Corporation) (NOWC) untuk memilih Tujuh Keajaiban Dunia Baru yang terpilih dari 200 buah monumen yang masih wujud [6]. Dua puluh yang ke peringkat akhir telah diumumkan pada 1 Januari 2006 [7]. Keputusan akan diumumkan pada 7 Julai 2007 (7/7/7).
Pada November 2006, akhbar kebangsaan Amerika USA Today dengan kerjasama rancangan televisyen Amerika Good Morning America mendedahkan senarai "Tujuh Keajaiban Baru" yang telah dipilih oleh enam orang juri.[8] Keajaiban tersebut telah diumumkan satu setiap hari dalam amsa seminggu dalam Good Morning America. "Keajaiban kelapan" telah dipilih pada 24 November daripada maklum balas penonton [9].
Bilangan | Keajaiban | Lokasi |
---|---|---|
1 | Istana Potala | Lhasa, Tibet |
2 | Kota Lama Jerusalem | Israel |
3 | Bongkah ais kutub | Kawasan kutub |
4 | Monumen Kebangsaan Kepulauan Hawaii Barat Laut | Hawaii, Amerika Syarikat |
5 | Internet | N/A |
6 | Peninggalan Maya | Semenanjung Yucatá, Mesoamerika |
7 | Perpindahan Serengeti dan Masai Mara | Kenya dan Tanzania |
8 | Ngarai Agung ("keajaiban kelapan" pilihan penonton) | Arizona, Amerika Syarikat |
[Sunting] Lihat juga
- Keajaiban Kelapan Dunia
[Sunting] Rujukan
[Sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Tujuh Keajaiban Dunia Purba — pandangan mendalam dari seorang professor kejuruteraan awam Universiti Florida Selatan.
- (Inggeris) Laman rasmi untuk memilih keajaiban dunia yang baru.
- (Inggeris) 100 Teratas Keajaiban Dunia – senarai seni bina, kejuruteraan dan keajaiban semula jadi oleh Howard Hillman, penulis kembara yang dikenali.
- (Inggeris) WonderClub.com - "senarai bagi senarai", dengan maklumat tentang hampir semua keajaiban.
- (Inggeris) Tujuh Keajaiban Dunia Moden – senarai keajaiban moden oleh Persatuan Kejuruteraan Awam Amerika.
- (Inggeris) Tujuh Keajaiban Chicago – Senarai yang dimampatkan oleh Chicago Tribune dan diundi oleh penduduk Chicago.