Tulisan Kanji
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kanji 漢字 dalam makna harafiah, "huruf-huruf daripada Dinasti Han". Selain daripada digunakan di dalam bahasa Cina, huruf Cina juga digunakan dengan adaptasi dalam bahasa Jepun dan Korea dan juga pada suatu ketika, bahasa Vietnam. Kanji dikenali sebagai hànzì dalam bahasa Cina, hanja atau hanmun dalam bahasa Korea dan chữ nho (字儒) dalam bahasa Vietnam. Kanji merupakan satu daripada empat sistem penulisan yang terdapat di dalam bahasa Jepun (yang lain adalah Hiragana, Katakana dan Romaji).
Rencana ini menumpu kepada ciri-ciri yang unik bagi tulisan Kanji. Lihat huruf Cina untuk ciri-ciri biasa dengan huruf Cina yang digunakan dalam bahasa Korea dan bahasa Cina.
[Sunting] Sejarah
Terdapat petelingkahan mengenai permulaan penggunaan huruf Cina di Jepun, tetapi ianya diterima umum bahawa sami Buddha membawa teks Cina kembali ke Jepun sekitar abad ke 5, dan ia dibaca dalam bahasa Cina. Secara beransur-ansur, sistem yang dikenali sebagai kanbun (漢文) muncul: ini merupakan teks Cina dengan tanda diacritical untuk membenarkan penutur bahasa Jepun untuk membacanya menurut peraturan tatabahasa Jepun.
Bahasa Jepun itu sendiri tidak mempunyai bentuk tulisan. Akhirnya sistem tulisan yang dikenali sebagai manyogana (digunakan dalam anthologi sastera silam Manyoshu) berubah yang menggunakan bentuk set kanji terhad untuk nilai phonetik sahaja, bukannya untuk nilai semantik, yang diperlukan untuk menulis sastera Jepun. Manyogana ditulis dalam stail amat cursive menjadi hiragana, sistem tulisan yang boleh digunakan oleh wanita (yang dinafikan pengajian tinggi). Hasil karya kesasteraan wanita era Heian ditulis menggunakan hiragana. Katakana muncul melalui laluan yang sama: pelajar monasteri memudahkan manyogana kepada unsur kandungan constituent tunggal. Hiragana dan katakana dirujuk bersama sebagai kana.
Apabila sistem penulisan Jepun matang dan berkembang, kanji mula digunakan untuk menulis bahagian pertuturan tertentu seperti kata benda, kata sifat dan kata kerja sementara kana digunakan untuk akhiran kata kerja, perkataan yang hanya terdapat di Jepun dan perkataan asing (sebelum ini perkataan asing dieja secara fonetik dengan huruf Kanji).
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |