Ampangan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Mukim Ampangan adalah sebuah kawasan kediaman terletak di sebelah timur bandar Seremban, Negeri Sembilan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Pada asalnya adalah kawasan perkampungan orang-orang Melayu dan memainkan peranan penting dalam sejarah Negeri Sembilan. Di sinilah tempatnya orang-orang Melayu yang menyokong Dato' Kelana Sungai Ujong dalam Perang Bukit Putus menentang orang-orang Melayu Sri Menanti pimpinan Yang DiPertuan Besar Sri Menanti. Dato' Kelana di sokong oleh Inggeris yang mula campur tangan dalam urusan negeri Melayu di Negeri Sembilan. Dalam peperangan yang tidak ada kalah menang ini akhirnya menjadikan British yang untung kerana berjaya meletakkan seorang Penasihat British di Negeri Sembilan.
[Sunting] Pendidikan
- Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar
- Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Maamor
- Sekolah Menengah Seri Ampangan
- Sekolah Menengah Teknik Ampangan
- Sekolah Kebangsaan Ampangan
[Sunting] Wakil rakyat
Ahli Dewan Undangan Negeri - Datuk Zakaria Nordin
[Sunting] Pautan luar
Peta-peta berkaitan dengan Ampangan
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |