Anarkisme
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Anarkisme suatu fahaman yang menjurus kepada penghapusan sistem pentadbiran yang berdasarkan undang-undang. Anarki pula adalah satu keadaan dimana tiada kerajaan atau penguasa seperti institusi polis untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang. Misalnya apabila sebuah kerajaan yang sah ditumbangkan oleh militan dalam negeri atau kuasa luar seperti regim Saddam di Iraq yang digulingkan oleh tentera Amerika. Biasanya apabila anarki berlaku, aktiviti jenayah akan berleluasa seperti pecah rumah, kecurian, pembunuhan dan sebagainya.