Bahasa-bahasa Indo-Eropah
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu. Anda boleh membantu mengemaskinikannya. |
Bahasa Indo-Eropah adalah yang kumpulan bahasa terbesar di dunia dengan merangkumi 150 bahasa dan dituturi oleh lebih kurang tiga bilion orang. Bahasa bahasa yang termasuk dalam keluarga bahasa Indo-Eropah ialah bahasa bahasa di Eropah dan Asia barat. Antara bahasa Indo-Eropah yang terkenal ialah bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Portugis, Jerman, Itali, Russia, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu.
Persamaan bahasa bahasa ini dicadangkan oleh Sir William Jones yang mendapati persamaan antara empat bahasa tertua yang diketahuinya, iaitu bahasa Latin, Greek, Sanskrit dan Parsi. Teori tersebut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Franz Bopp. Pada abad ke 19, ilmuan memanggil kumpulan itu sebagai Indo-Germanik atau kadang kadang dipanggil sebagai "Aryan". Namun, apabila hubungan antara kebanyakan bahasa Eropah dan Asia Barat kelihatan lebih jelas, kumpulan ini dinamakan sebagai bahasa Indo-Eropah.
[Sunting] Salasilah bahasa Indo-Eropah
Bahasa Indo Eropah mempunyai bahasa nenek moyang yang sama iaitu Proto Indo-Eropah. Bahasa ini dikatakan berasal dari kawasan di utara Laut Hitam, atau Anatolia. Berikut merupakan salasilah bahasa Indo-Eropah:
Proto Indo-Eropah
- Bahasa Albania
- Bahasa Anatolia (sudah pupus)
- Bahasa Hitit (Hittite)
- Bahasa Armenia
- Bahasa Balto-Slavik
- Bahasa Baltik
- Bahasa Lituania
- Bahasa Slavik
- Bahasa Rusia
- Bahasa Baltik
- Bahasa Indo-Arya
- Bahasa Iranik
- Bahasa Avesta
- Bahasa Parsi
- Bahasa Avesta
- Bahasa Indik
- Bahasa Sansekerta
- Bahasa Iranik
- Bahasa Germanik
- Bahasa Germanik Utara
- Bahasa Germanik Barat
- Bahasa Germanik Timur
- Bahasa Gotik
- Bahasa Kelto-Italik
- Bahasa Italik
- Bahasa Latin
- Bahasa Roman
- Bahasa Latin
- Bahasa Keltik
- Bahasa Italik
- Bahasa Tokharia
- Bahasa Yunani
- Athena - Doria - Aeolia - Misenia - Cyprus Kuna
- Bahasa Thrasia (Thracia)
- Bahasa Illiria (Illyrian)
- Bahasa Frigia (Phrygia)
Kebanyakan bahasa Eropah tergolong dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. namun, ada juga bahasa yang tidak termasuk dalam kumpulan ini. Misalnya keluarga bahasa Uralik (Hungary, Estonia, Finnish), bahasa Sami, keluarga bahasa Caucasian dan bahasa Basque.
Bahasa Turki dan Malta adalah dua contoh bahasa yang berasal daripada luar Eropah. Bahasa Turki ialah sejenis bahasa Turkik, manakala bahasa Malta berasal daripada bahasa Arab.