Bank Bumiputra
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan memberi pinjaman kepada Bumiputera dalam lapangan perdagangan dan perusahaan.
Bank Bumiputera mengalami masalah yang serius pada tahun 1983. Seorang akauntannya dibunuh di Hong Kong yang berkait dengan George Tan , Perdana Menteri Malaysia , Menteri Kewangan Malaysia dan lain-lain tokoh ternama ketika itu.
George Tan Soon Gin seorang jurutera berasal dari Sarawak mempunyai syarikat bernama Carrian Group di Hong Kong. Kecekapannya membuat untung melalui pembangunan hartanah segera menarik ramai pelabur. Beliau dikatakan meminjam sejumlah wang dari Bumiputra Malaysia Finance ,BMF di Hong Hong.
Sehingga kini keputusan mwengenai kes ini masih kabur dan boleh dianggap tak dapat diselesaikan.
Kemudian Bank Bumiputera telah digabungkan dengan Rashid Hussain Berhad yang menguasai Development and Commerce Bank di bawah skim penggabungan bank-bank.
Kini Bank Bumiputera dikenali sebagai Bumiputra Commerce Bank.,