Bank Negara Malaysia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bank Negara Malaysia merupakan bank pusat di Malaysia. Ia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958 dengan beberapa objektif iaitu:
- mengeluarkan mata wang (Ringgit Malaysia) dan menyimpan rizab
- bertindak sebagai bank dan penasihat kewangan kepada kerajaan
- mempromosi kestabilan kewangan dan struktur kewangan
- mempengaruhi keadaan kredit supaya menguntungkan negara
[Sunting] Gabenor Bank Negara Malaysia
Sejak ia ditubuhkan, Bank Negara Malaysia telah ditadbir oleh 7 orang gabenor.
Gabenor | Tahun |
---|---|
Tan Sri W H Wilcock | Januari 1959 - Julai 1962 |
Tun Ismail bin Mohamed Ali | Julai 1962 - Julai 1980 |
Tan Sri Abdul Aziz bin Taha | Julai 1980 - Jun 1985 |
Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein | Jun 1985 - Mei 1994 |
Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don | Mei 1994 - Ogos 1998 |
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman | September 1998 - April 2000 |
Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz | Mei 2000 - Kini |