Bendera Mongolia
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Bendera Mongolia yang terkini diperkenalkan pada 12 Februari 1992. Rekabentuknya serupa dengan bendera tahun 1949 tetapi dengan bintang sosialis dipadamkan di bendera yang terkini. Bendera ini terdiri daripada tiga jalur tegak yang seimbang, berwarna merah di bahagian tiang, biru dan merah. Di bahagian tiang terdapat lambang negara Mongolia iaitu, "soyombo", dalam warna kuning. Soyombo merupakan penyusunan simbol-simbol abstrak yang melambangkan elemen-elemen semulajadi seperti api, matahari, bulan, tanah, air dan simbol yin-yang.