Perbualan Pengguna:Che090572
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pesanan | |||
---|---|---|---|
Pesanan baru | |||
|
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Templat infobox kelab bolasepak
Perubahan kali terakhir di templat tersebut adalah semata-mata untuk menghasilkan output seperti yang terdapat di versi bahasa Inggeris yang mana jika anda lihat di bahagian kotak info di Manchester_United_F.C., yang tertulis Stadium/Padang, posisi perkataan itu di tengah-tengah "<td> table" tersebut. Sepatutnya ia terletak di bahagian permulaan "<td> table". Mungkin adalah kesilapan saya, atau "class infobox" didalam css tidak di"set" sedemikian rupa. Maafkan saya jika saya tersilap ☺ BreakSys 01:20, 8 Januari 2007 (UTC)
[Sunting] Birokrat
Sila pergi ke halaman Wikipedia:Penyelia untuk melakukan pengundian birokrat juga penamaan calon. Anda juga boleh mencalonkan diri menjadi birokrat. Pemilihan ini akan berakhir 31 Januari 2007 untuk proses penapisan. -Didie 07:56, 13 Januari 2007 (UTC)
[Sunting] Weeii
Hai Che Det, low profile memang lagi menyenangkan hati saya, hehehe. Kini projek saya adalah untuk menghabiskan semula rencana tarikh Sebelum Masihi. Dah habis agak 500 buah anak rencana, masih tinggal kira-kira 195 buah lagi. Kini dah nak muntah tengok rencana SM!
Kalau saya nampak anda di Perubahan Terkini, saya akan kontak anda melalui Yahoo, okey? — PM Poon 02:08, 25 Januari 2007 (UTC)
[Sunting] Rencana-rencana tarikh sebelum Masihi
Hai Che Det, dengan ini diberitahu bahawa semua rencana tarikh sebelum Masihi (baik tahun, baik dekad, baik abad, mahupun milenium) telahpun disiapkan.
Daripada menterjemahkan rencana-rencana tersebut, saya mendapati bahawa warisan kita daripada lelulur manusia ialah warisan bertempur, berperang, menewaskan, menawan, menjarah, membunuh, menumpaskan, mematahkan, mengusir dan menaklukkan. Dengan itu, seseorang yang tahu menulis "Angkatan tentera di bawah jeneral AAA dari BBB menewaskan angkatan tentera di bawah jeneral CCC dari DDD dalam Pertempuran XXX" dapat menterjemahkan kebanyakan rencana tarikh sebelum Masihi (dan mungkin juga selepas).
Adakah ini merupakan peradaban manusia? Apakah bezanya antara Alexander Agung dan Genghiz Khan berbanding dengan kongsi-kongsi gelap Malaysia pada dekad 60-an? Nampaknya tiada banyak perbezaan, kecuali skalanya. Manakala Alexander Agung menewaskan lawannya dengan murtabak, Botak Chin menewaskan lawannya dengan roti canai. Oleh itu, yang amat besar menjadi Maharaja, manakala yang amat kecil menjadi penjenayah atau Mahabaja, Mahasemut, Matakucing, dan sebagainya, hehehe. — PM Poon 20:50, 27 Januari 2007 (UTC)
[Sunting] Soalan Enam Puluh Empat Juta Ringgit
Adakah saya akan meneruskan penterjemahan rencana-rencana tarikh Masihi? Setakat ini, saya tidak berani. Sebenarnya, saya diselamatkan oleh usaha saya dahulu yang telah menyiapkan rencana-rencana tarikh antara 1 SM sehingga 50 SM. Saya baru sedar tadi semasa saya dengan susah hendak menghabiskan semua rencana tarikh Sebelum Masihi. Dah nak muntah. Nasib rencana tersebut telah disiapkan, hehehe.
Rencana-rencana tarikh Masihi adalah empat kali lebih banyak berbanding dengan rencana-rencana tarikh Sebelum Masihi, dan mungkin 10 kali lebih banyak dari segi panjangnya kerana lebih banyak peristiwa yang dicatat. Gila betul! — PM Poon 20:57, 27 Januari 2007 (UTC)
[Sunting] Maktab Sultan Abu Bakar
Hai Che Det, gambar MSAB cantik tak? Aku yang tangkap, hehehe. — PM Poon 16:48, 14 Februari 2007 (UTC)
[Sunting] Spam filter
Emm... kurang pasti. Spam filter Wikimedia ke? Mungkin ada perkataan dalam suntingan anda yang tidak dibenarkan. Lihat m:Spam Filter. ...Aurora... 13:58, 22 Februari 2007 (UTC)
Untuk mengatasi masalah ini anda hanya cuma perlu mengeluarkan link yang tidak dibenarkan oleh spam filter iaitu dalam kes ini cyabartv.org. Ini bermaksud link berkenaan adalah spam dan telah diharamkan daripada dibuat pautan di Wikipedia. Keluarkan link tersebut dan masalah ini dapat diatasi.
Saya pernah alami masalah ini tetapi setelah link spam itu dibuang, keadaan kembali seperti biasa.— Master2841 07:23, 25 Februari 2007 (UTC)
[Sunting] Amsterdam
Hai Che Det, memang adanya salah satu pautan luar yang kacau. Bagi saya, saya mempergunakan cara Zaman Batu, iaitu kaedah cuba-cuba untuk mengenal pasti mana satu yang kacau, hehehe. Kalau anda telah hapuskan pautan jahat itu, sekatan akan hilang. — PM Poon 18:46, 25 Februari 2007 (UTC)
[Sunting] Jadual penyingkiran
Jadual yang anda buat di rencana Akademi Fantasia Musim 5 sememangnya cantik. Syabas! — Master2841 10:16, 11 Mac 2007 (UTC)
- Walaupun nampak panjang tetapi saya dah menukar sedikit dan mencuba pada Akademi Fantasia Musim 4. Agak berbaloi juga untuk mereka yang mengikuti perkembangan AF setiap minggu. — Polar 11:24, 11 Mac 2007 (UTC)
- Saya gembira yang anda semua setuju....lagi bagus kalau kita jadikan ia sebagai rencana pilihan ...supaya dapat menarik perhatian orang lain!che 08:24, 12 Mac 2007 (UTC)