Cyrus Agung
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Cyrus II Parsi | |
---|---|
576 atau 590 BC — Ogos 530 BC | |
![]() Potret Cyrus Agung |
|
Tempat lahir | Anshan (Tanggapan) |
Tempat wafat | Tak diketahui, disekitar Syr Darya |
Cyrus Agung (Bahasa Parsi Lama: Kuruš, Bahasa Parsi Moden: کوروش بزرگ) juga dikenali sebagai Cyrus II Parsi, adalah pengasas Empayar Parsi dibawah Dinasti Achaemenid. Sebagai ketua suku Parsi di Anshan, beliau menawan Medes dan menyatukan dua kerajaan ini menjadi satu kerajaan. Dibawah pimpinan beliau, empayar Parsi berkembang hingga ke Asia Baratdaya, Asia Tengah dan sebahagian Hindustan. Cyrus terus memerintah empayar Parsi ini sehingga kewafatan beliau.
Dalam 29 tahun pemerintahan beliau, empayar Parsi berhadapan dengan serangan beberapa empayar besar lain seperdi Media, Lydia dan Babylon. Nanum begitu, Cyrus tidak sempat menawan Mesir Purba kerana beliau mangkat didalam medan perang di sekitar Syr Darya. Putera beliau, Cambyses II meneruskan kerja beliau dan berjaya menawan Mesir.
Cyrus adalah raja pertama yang mendapat gelaran "Agung" atau Vazraka dalam Bahasa Parsi Lama, (Bozorg dalam Bahasa Parsi Moden). Gelaran yang sama juga turut diberikan kepada Darius Agung, seorang raja Parsi yang hidup selepas zaman Cyrus.
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |