Enam Dinasti
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sejarah China | ||||||
Tiga Tokoh Mulia & Lima Maharaja | ||||||
Dinasti Xia | ||||||
Dinasti Shang | ||||||
Zhou Barat
|
Zhou | |||||
Musim Bunga & Musim Luruh | Zhou Timur | |||||
Negeri-negeri Berperang | ||||||
Dinasti Qin | ||||||
Han Barat | Han | |||||
Xin | ||||||
Han Timur
|
||||||
Jin Barat
|
Jin
|
|||||
Enam Belas Kerajaan
|
Jin Timur
|
|||||
Dinasti-dinasti Selatan & Utara
|
||||||
Dinasti Sui
|
||||||
Dinasti Tang
(disela oleh Zhou Kedua) |
||||||
Liao
|
5 Dinasti & 10 Kerajaan
|
|||||
Song Utara
|
Song
|
|||||
Jin
|
Xia Barat
|
Song Selatan
|
||||
Dinasti Yuan
|
||||||
Dinasti Qing
|
||||||
Republik Rakyat China
1949–1976 1976–1989 1989–2002 2002–kini |
Republik China (mengenai Taiwan) | |||||
|
||||||
Enam Dinasti (Cina tradisional: 六朝; Pinyin: Liù Cháo) ialah kata nama kelompok untuk enam buah dinasti Cina semasa zaman-zaman Tiga Kerajaan (220-280), Dinasti Jin (265-420), dan Dinasti-dinasti Selatan dan Utara (420-589).
Zaman ini yang terus menyusuli kejatuhan Dinasti Han pada tahun 220 dicirikan sebagai zaman perpecahan, ketakstabilan, serta peperangan. Ia tamat apabila Maharaja Wen dari Sui menyatukan semula China Selatan dan Utara.
Istilah ini umumnya merujuk kepada dua buah kumpulan dinasti semasa zaman itu:
- Enam buah dinasti dengan ibu kota di Jiankang (Nanjing masa kini); dan
- Enam buah dinasti dengan jurai keturunan yang sah.
[Sunting] Enam Dinasti dengan ibu kota di Jiankang
Keenam-enam dinasti adalah yang seperti berikut:
- Wu Timur (222 - 280)
- Dinasti Jin Timur (265 - 420)
- Dinasti Song (420 - 479)
- Dinasti Qi (479 - 502)
- Dinasti Liang (502 -557)
- Dinasti Chen (557 -589)
Senarai ini berdasarkan negeri-negeri yang diasaskan di sebelah selatan Sungai Yangtze (Chang Jiang), dengan kesemua ibu kota terletak di Jiankang. Xu Song (许嵩, Xǔ Sōng) semasa Dinasti Tang menulis sebuah buku, Jiankang Shilu (建康实录, Jiànkāng Shílù), yang menghuraikan sejarah Jiankang dan pada masa yang sama, memberikan tatanama ini.
[Sunting] Enam Dinasti dengan jurai keturunan yang sah
Keenam-enam dinasti adalah yang seperti berikut:
- Cao Wei (220 - 265)
- Jin (265 - 420)
- Dinasti Song (420 - 479)
- Dinasti Qi (479 - 502)
- Dinasti Liang (502 -557)
- Dinasti Chen (557 -589)
Dalam bukunya Zizhi Tongjian, Sima Guang menggunakan nama zaman keenam-enam dinasti ini sebagai garis masa untuk menghuraikan zaman ini dalam sejarah. Orang-orang Cina yang kemudian memanggil zaman ini sebagai zaman Enam Dinasti, atau Dinasti-dinasti Selatan dan Utara Wei Jin (魏晋南北朝, Wèi Jìn NánběiCháo).
[Sunting] Lihat juga
- Dinasti-dinasti Selatan
- Dinasti-dinasti Utara
- Nanking
- Raja Cina
- Sejarah Cina