Era FM
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Era FM merupakan stesen radio nombor satu di Malaysia dengan 6 juta pendengar pada 2006. Era FM merupakan stesen radio milik AMP Radio Networks, anak syarikat Astro All Asia Networks dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Era FM bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu Hijau.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Penyampai radio
- Khairil Rashid
- Kieran
- Linda Onn
- Nila Kurnia
- Nana
- Rostam
- ZZ
- Reza
- Aznil Hj Nawawi
- Raja Azura
[Sunting] Laman web Era
Laman web Era.fm diwujudkan pada 5 Julai 2001 sempena dengan pelancaran Anugerah Era 2001 bertujuan untuk memberi skop dan perkhidmatan yang lebih meluas dengan jumlah lebih 6 juta pendengar. Laman web berkenaan menyampaikan berita dan maklumat mengenai perkembangan remaja dan perkembangan hiburan kepada dunia di samping membawa revolusi ke wajah radio tradisional.
Radio Era, melalui laman webnya, mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Anugerah MSC-Asia Pasifik ICT (MSC-APICTA) 2002.