Filem Idola
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Idola | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Pengarang | Aziz M. Osman |
Pelakon | Normala Shamsudin Norman Hakim Sharifah Aleya |
Penerbit | Aziz M. Osman |
Pengedar | Tayangan Unggul Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 7 Mac 2002 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Idola mula ditayangkan pada 7 Mac 2002 dipawagam seluruh negara. Menampilkan Normala Shamsudin, Norman Hakim, Sharifah Aleya, Jeslina Hashim dan ramai lagi.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Farah merupakan seorang peguam syariah yang terkenal dan juga kakak kepada Nana. Manakala Mukriz pula adalah abang serta pengurus kepada penyanyi popular Elise. Masalah mula timbul apabila Nana mula menjadikan penyanyi popular, Elise sebagai role-model. Bagi Farah, manusia di dunia hiburan tidak layak untuk dijadikan sebagai role-model. Ketika inilah Farah mula berkenalan dengan Mukriz dan lama-kelamaan dia mula menaruh hati terhadap Mukriz. Namun salah faham terjadi apabila Farah menyangka bahawa Mukriz berlaku sumbang dengan jandanya, Rubi. Nana pula hilang kepercayaan terhadap penyanyi kesayangannya, Elise selepas melihat Elise bermain cinta dengan Jimi yang juga jejaka idaman Nana. Kini Nana mula menyedari akan kebenaran kata kakaknya mengenai dunia hiburan. Apakah yang akan terjadi kepada Farah dan Nana? Mampukah Farah menjadi role-model bagi adiknya setelah dia mula terlibat dalam dunia hiburan secara tidak langsung?
[Sunting] Pelakon
- Norman Hakim (Mukriz)
- Normala Samsudin (Farah)
- Jeslina Hashim (Elise)
- Sharifah Aleya (Nana)
- Danny X-Factor (Jimi)
- Sheila Mambo (Rubi)
- Wahid Senario
- M. Rajoli
- Julie Dahlan
- Nor Aliah Lee
- Halim Othman
- Tuty
- Diana Danielle
[Sunting] Pengarah
- Aziz M. Osman
[Sunting] Pencapaian
- Anugerah Skrin TV3 ke-6, 2003
- Pelakon Harapan - Sharifah Aleya