Filem Rock
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Rock | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Mamat Khalid |
Pengarang | Mamat Khalid |
Pelakon | Hasnul Rahmat Que Haidar Khir Rahman |
Penerbit | Ahmad Puad Onah Lazizah Ahmad |
Pengedar | Grand Brilliance Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 8 Disember 2005 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Rock mula ditayangkan di pawagam pada 8 Disember 2005 dan dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Que Haidar, Khir Rahman dan ramai lagi. Genre filem ini ialah komedi muzikal.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda dalam sebuah band rock yang pernah memasang impian untuk jadi terkenal pada dekad 80-an. Watak utamanya ialah Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack - guitarist, Jijo – bass, Black – drummer, Amy - vocalist kadang2 main tamborine dan Zul Kapan – vocalists 2, mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka iaitu mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands akan diadakan ditempat mereka. Untuk menyertai acara Battle Of The Bands itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan And The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras. Dari segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan.
Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain seat bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi. Sementara itu juga Zack mengalami dilema dimana ayahnya mengkehendakinya menghadiri temuduga untuk bekerja di pejabat pos memandangkan sudah begitu lama Zack menganggur. Walaupun ilmu kurang tetapi semangat membara. Perjuangan tetap diteruskan jua dan acara saringan peringkat daerah diadakan. Kesemua band yang bertanding menunjukkan mutu permainan yang bagus. Begitu juga dengan kumpulan Malaikat Maut! Apabila giliran Rimba Bara tiba, penonton dikejutkan dengan persembahan melakukan gitar solo sehingga berasap-asap dan speaker column dikiri kanan pentas telah meletup! Rimba Bara berjaya menjadi juara peringkat daerah! Saringan peringkat negeri tiba! Begitu ramai band rock yang muncul untuk merebut gelaran juara bagi melayakkan diri ke Battle Of The Bands dan membuat album.
Segala band dari pelusuk daerah muncul. Keadaan gamat dengan suasana rock ditambah pula dengan kehadiran Amy Search, Man Kidal dan Nasir Jani sebagai para hakim pertandingan itu. Kumpulan demi kumpulan membuat persembahan. Ada yang berguling dan ada yang melompat macam cipan demi membuktikan mereka adalah kumpulan rock yang terbaik. Ada juga yang telah patah tangan dan dikejarkan ke hospital kerana tangan terpukul besi drum. Sama-sama kita saksikan apa keputusan Zack dan ke mana arah Rimba Bara, The Malaikat Maut, The Headstone dan sebagainya.
[Sunting] Pelakon
- Hasnul Rahmat (Zubir @ Zack)
- Que Haidar (Amy Mat Piah)
- Khir Rahman (Jijo Alfonso Pareira Abdullah)
- Norazmi Bahron (Black)
- Mohamad Shoffi Jikan (Zul Kapan)
[Sunting] Pengarah
- Mamat Khalid
[Sunting] Lagu & Lirik
Judul lagu tema: Satu Tika Dulu | Penyanyi: Khir Rahman
Judul lagu: Suara Kekasih | Penyanyi: Alleycats
Judul lagu: Sejuta Wajah, Batu, Penunggu & Hanya Rock N Roll | Penyanyi: Ramli Sarip & Sweet Charity
Judul lagu: Panah Beracun | Penyanyi: Ramli Sarip
Judul lagu: Debunga Wangi & Tiada Lagi Kidungmu | Penyanyi: Nash & Lefthanded
Judul lagu: Wajah Kesayangan Hamba | Penyanyi: Hail Amir
Judul lagu: Belaian Jiwa | Penyanyi: Jay Jay & Carefree
Judul lagu: Dari Sinar Mata | Penyanyi: Joey & BumiPutra Rockers
Judul lagu: Pelesit Kota | Penyanyi: Amy & Search
Lain-lain lagu: Black Night, Langit Dan Bumi, Isi Atau Kulit, Goyang-Goyang, Taman Rashidah Utama, Kisah Dan Tauladan, Kamelia