Filem Sara
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Sara | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Along Kamaruddin |
Pengarang | Gunasegaran Subramaniam |
Pelakon | Ida Nerina Shamsul Ghau Ghau |
Penerbit | Maznita Mokhtar |
Pengedar | Tayangan Unggul Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 28 Jun 2001 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Sara mula ditayangkan pada 28 Jun 2001. Penggambaran filem mengambil masa selama 50 hari. Rosyam Nor terpaksa menolak tawaran untuk berlakon watak Manaf kerana terlibat dengan tugas lain. Tempat beliau diambil alih oleh Shamsul Ghau Ghau. Nasha Aziz menjalani uji bakat untuk memegang watak Sara. Bagaimanapun Nasha didapati tidak bersesuaian untuk bergandingan dengan Shamsul Ghau Ghau. Para pelakon menjalani latihan di bawah bimbingan Fatimah Abu Bakar (pelakon teater) selama sebulan sebelum penggambaran dimulakan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Filem ini berkisar tentang masalah pembelian tanah di sebuah kampung di Tanjung Harapan. Manaf berasal dari kampung tersebut dan merupakan seorang lelaki yang ringkas tetapi berpendirian tegas. Manaf yang berpendidikan luar negara, pulang ke kampungnya setelah tamat pengajian. Tujuannya pulang ke kampung adalah kerana tidak mahu melihat orang-orang kampung 'disalahgunakan' oleh orang bandar. Manaf juga ada bakat mengukir dan sayangkan binatang. Dia kemudian membuka kolam memancing, mengusahakan chalet dan menjual ikan pekasam. Cerita ini seterusnya menemukan Manaf dengan Sara, seorang gadis lincah dan berpendidikan barat serta mempunyai ego tersendiri. Sara datang ke kampung tersebut untuk membeli tanah, maka bermulalah perkenalan Manaf dan Sara. Sara yang merasa tercabar dengan sikap degil Manaf yang enggan melepaskan tanah miliknya itu bersetuju mengahwini Manaf semata-mata inginkan tanah pusaka Manaf. Pergolakan timbul sebelum dan selepas berkahwin. Biarpun menjadi suami isteri, masing-masing melakukan hal sendiri. Dalam pergolakan itu berputik cinta di hati Sara.
[Sunting] Pelakon
- Ida Nerina (Sara)
- Shamsul Ghau Ghau (Manaf)
- Zahim Albakri (Johan)
- Hisham Ahmad Tajudin (Kassim)
- Zami Ismail (Pak Mat)
- Piee (Pak Bakar)
- Soosan Ho (Khaty)
- Siti Shahrizah (Rozita)
- Loloq (Salleh)
- Ropi Cecupak (Zahid)
[Sunting] Pengarah
- Along Kamaruddin
[Sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-15, 2001 (Shah Alam)
- Pengarah Harapan - Along Kamaruddin