Golf
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Golf ialah sejenis sukan di atas padang yang sangat luas. Pemain perlu memukul bola yang bersaiz kecil dengan kayu khas ke dalam lubang yang jauh.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Takrifan
Golf (gowf dalam bahasa Scotland) ialah sejenis sukan di mana pemain-pemain secara individu ataupun berkumpulan memukul sebiji bola ke dalam sebuah lubang dengan menggunakan pelbagai kayu golf, dan salah satu daripada permainan bola yang tidak menggunakan kawasan permainan yang diselaraskan. Permainan ini diertikan dalam Peraturan Golf (Rules of Golf) sebagai "bermain sebiji bola dengan menggunakan sebatang kayu golf daripada kawasan tee ke dalam sesebuah lubang dengan sekali pukul atau pukulan seterusnya berpandukan peraturan permainan".
Golf berasal dari Scotland dan telah dimainkan sekurang-kurangnya 5 kurun di Kepulauan British. Tempat permainan golf tertua di dunia ialah The Old Links di Musselburgh. Golf, seperti permainan yang dikenali sekarang, telah dimainkan di Musselburgh Links, Scotland sejak 1672, dan versi permainan awal telah dimainkan di Kepulauan British dan di negara-negara di bahagian bawah Utara Eropah untuk beberapa kurun sebelum itu. Walaupun selalu dikaitkan sebagai permainan elit zaman dahulu, golf masa kini merupakan permainan yang semakin popular yang boleh dimainkan oleh orang ramai sepanjang hidup mereka.
[Sunting] Sukan mahal
Sukan ini dahulunya dianggap mahal kerana harga kayu golf yang tinggi. Dengan itu sukan golf dianggap sebagai sukan untuk orang kaya dan elit. Bermain golf akan meningkatkan status sosial individu dalam masyarakat. Tetapi kini, kayu golf boleh di sewa dan kini sukan ini terbuka kepada kesemua peringkat golongan.
- Pemain golf perlu berdaftar dengan kelab sukan golf yang mengenakan yuran tahunan puluhan ribu ringgit.
- Satu set kayu pemukul mencecah RM 1000.00
- Kasut khas, baju dan seluar yang mahal.
- Padang yang khas yang dibina oleh pihak swasta sebagai tempat eksklusif sahaja.
- Bayaran kepada pemenang sangat tinggi. Oleh itu kos penganjuran amat tinggi.
[Sunting] Satu pelaburan
- Pemain golf dari Jepun, Taiwan, Hong Kong, dan negara barat berulang alik ke Malaysia untuk bermain golf kerana menganggap kos di sini murah. Ada yang membeli aset, seperti rumah dan kereta, di sini untuk tujuan yang sama. Mereka membeli keahlian di setiap kelab golf yang diminati dan membawa keluarga untuk bercuti di negara ini. Tidakkah tindakan ini sebagai sumbangan kepada ekonomi negara.
- Negara seperti Jepun, Taiwan, dan Filipina menyediakan padang golf awam untuk rakyat mereka.
[Sunting] Ahli korporat
Ramai ahli korporat bermain golf untuk mendapatkan 'contact' dengan individu ternama dan berkuasa di sesebuah jabatan atau kementerian. Biasanya mereka berumur lebih 35 tahun dengan ekonomi yang sangat kukuh.
Golf merupakan arena perundingan yang memberi situasi, mood, dan landskap yag berbeza untuk mengadakan perbincangan.
Ahli korporat akan berbincang tentang isu dan masalah syarikat. Bagi mereka, idea dan resolusi tidaklah terhad di meja mesyuarat pejabat yang pegun dan membosankan semata-mata. Mungkin pemandangan yang hijau dan suasana yang damai dapat membenihkan idea yang lebih bernas.
Ahli korporat akan bertaruh setiap lubang dengan jumlah pertaruhan bagi sebuah lubang mencapai RM5000. Ada yang bertaruh wang mengikut kesukaran lubang. Semakin sukar lubang semakin tinggi wang pertaruhannya.
Budaya judi seumpama ini telah lama menular dalam kalangan pemain golf. Ada yang beranggapan pertaruhan dapat meningkatkan prestasi permainan dan mereka tidak melihatnya sebagai judi.
[Sunting] Legenda golf
- Arnold Palmer
- Jack Nicklaus
- Hale Irwin
- Tom Watson
- Tiger Woods
[Sunting] Kedudukan golf dunia
Kedudukan pemain golf dunia 31 Disember 2006
Kedudukan | Pemain | Negara | Mata |
---|---|---|---|
1 | Tiger Woods | Amerika Syarikat | 20.41 |
2 | Jim Furyk | Amerika Syarikat | 8.88 |
3 | Phil Mickelson | Amerika Syarikat | 7.17 |
4 | Adam Scott | Australia | 7.03 |
5 | Ernie Els | Afrika Selatan | 6.05 |
6 | Retief Goosen | Afrika Selatan | 5.61 |
7 | Vijay Singh | Fiji | 5.58 |
8 | Padraig Harrington | Ireland | 5.46 |
9 | Luke Donald | England | 5.25 |
10 | Geoff Ogilvy | Australia | 5.21 |
[Sunting] Tiger Woods
Pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods bukan dari keluarga kaya. Ibunya orang Thailand dan bapanya orang Amerika bernama Earl Woods. Dia lahir di California pada 30 Disember 1975.
Tiger Woods memegang rekod Nombor 1 dunia iaitu sejak 1998 hingga 2006, kecuali pada 2004.
[Sunting] Vijay Singh
Vijay Singh nombor 7 dunia pada September 2006. Dia satu-satunya pemain yang berjaya menjadi pemain nombor 1 dunia baru-baru ini selain Tiger Woods iaitu pada 2004.
Tinggi 6' 2", berat 198 paun. Dilahirkan di Lautoka, Fiji pada 22 Februari 1963. Pendidikan di Ponte Vedra Beach, Florida.