Gopeng
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Gopeng ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia.
Gopeng juga terkenal dengan gua batu kapurnya, Gua Tempurung. Gua ini berada sejauh 5 km dari pusat bandar.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Demografi
Lebuh daripada separuh penduduk Gopeng adalah berketurunan Cina (lebih kurang 60%).n is comprised of Chinese (i.e about 60%). Industri perlombongan bijih timah yang pernah maju suatu masa dulu telah menarik kemasukan orang Cina untuk bekerja dan menghuni Gopeng. Kaum-kaum lain yang tinggal di Gopeng termasuklah orang India (terutamanya orang Tamil), Melayu dan Orang Asli.
Penduduk Gopeng dianggarkan berjumlah lebih kurang 100,000 orang.
[Sunting] Tokoh tempatan
Antara tokoh yang terdapat di sini ialah :
- Dato Sri Rafidah Aziz
- Dato Aziz Shamsuddin
- Kartunis Lat
[Sunting] Asal-usul nama
Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud.
- Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa Cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat China yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.
- Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai.
- Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.
[Sunting] Senarai Masjid
- Masjid al-azim Kampung Gunung Panjang 31600 Gopeng , Perak
- Masjid al-mardhiah Kampung Sungai Itek 31600 Gopeng , Perak
- Masjid ar-rahman Kampung Gunung Mesah Hilir 31600 Gopeng , Perak
- Masjid baru Gopeng 31600 Gopeng , Perak
- Masjid jamek Kota Bharu Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
- Masjid Kampung Changkat Legong Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
- Masjid Kampung Changkat Tualang Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak
- Masjid Kampung Redang Sawa Kota Bharu 31610 Gopeng , Perak