Jutawan Fakir
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Jutawan Fakir | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | A. Razak Mohaideen |
Pengarang | Azhari Zain (Lakonlayar) Wan Aida Wan Yahaya (Skrip asal) A. Razak Mohaideen (Cerita) |
Pelakon | Saiful Apek Waheeda |
Penerbit | David Teo |
Pengedar | Metrowealth Movies Production |
Mula Tayangan | 18 Disember 2003 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Jutawan Fakir ialah sebuah filem dari Malaysia. Ia mula ditayangkan pada 18 Disember 2003. Filem ini dibintangi Saiful Apek, Waheeda, serta ramai lagi.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Filem ini mengisahkan kehidupan seharian Fakir Bin Miskin, seorang anak muda yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah syarikat di ibu kota. Perwatakan dan gelagatnya yang sentiasa ceria membuatkan rakan sepejabatnya sentiasa terhibur. Namun, Fakir sentiasa kesempitan wang kerana sering meminjamkan duitnya kepada teman wanitanya, Zura, menyebabkan hutangnya keliling pinggang. Bagaimanapun, nasib menyebelahi Fakir apabila dia menjumpai sebuah beg berisi banyak wang dan sejak itu kehidupannya berubah. Kekayaannya berlipat ganda apabila pelaburannya membuahkan hasil. Dia juga tidak kedekut untuk menderma pada mereka yang susah. Namun demikian, jiwa Fakir mula gelisah apabila mendapat tahu wang yang dijumpai itu adalah wang rompakan. Dalam keadaan serba salah, Fakir berusaha untuk memulangkan wang itu semula.
[Sunting] Pelakon
- Saiful Apek - Fakir Bin Miskin
- Waheeda - Marina
- Kuman (KU2) - Adi
- Azza (Elite) - Zura
- Piee
- Imuda
- Azlee Jaafar
- Nasir Ali
[Sunting] Pengarah
- A. Razak Mohaideen
[Sunting] Dialog
- "Fuyyooo.. banyaknya duit, berjuta-juta-jutaaaa.." - Adi
- "Apa Fakir-Fakir.. Mulai hari ini, aku sekarang jutawan Fakir! Panggil aku bos!!" - Fakir
- "Cheep the kange lah bos.." - Adi