Kampung Changkat Tin
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Kampung Changkat Tin semakin lesu akibat tidak ada lagi kegiatan perlombongan bijih timah. Ramai penduduknya pindah ke Ipoh, Kuala Lumpur dan lain-lain untuk mencari pekerjaan baru. Pada suatu masa dahulu Changkat Tin cukup meriah dengan pelbagai aktiviti ekonomi terutama sekali bijih timah dan getah. Segalanya kini tinggal kenangan. Inilah bahana yang ditanggung oleh sebahagian besar pekan-pekan dan kampung di Perak yang terlalu bergantung kepada bijih timah. Kini bekas-bekas lombing-lombong diusahakan dengan ternakan itik dan ikan air tawar.