Perbualan:Komputer
Dari Wikipedia bahasa Melayu
mengapa kita perlu mempelajari komputer pada masa sekarang dan mengapa kita mahu cekap menggunakan komputer.
- Komputer penting dalam semua aspek kehidupan kita. Gaji dibayar dengan komputer, wang dikeluarkan melalui komputer ATM, memandu kereta yang dikawal komputer. Anda tidak perlu belajar mengenai komputer sekiranya tidak ingin bekerja di pejabat. Buruh kasar, peniaga sambilan tidak perlu mahir komputer. Semua itu pilihan anda. Tapi perlu diingat, kesannya sehingga anak-cucu. Yosri 09:52, 14 September 2006 (UTC)
[Sunting] Pautan rosak
Satu pautan 'Istilah komputer baku melayu' dalam 'Pautan luar' di sebelah bawah rencana ini yang menyambungkan ke laman web DBP sudah rosak. Ada sesiapa yang menjumpai pautan baru untuk ini?
Satu lagi, Wikipedia Melayu patut mewujudkan satu ruangan (rencana? bantuan? portal?) yang menyediakan maklumat berkenaan garis panduan yang harus diikuti ketika mengarang artikel berkenaan komputer. Satu penyelarasan harus dilakukan untuk menterjemah istilah-istilah komputer yang asing ke dalam bahasa Melayu. Aviator 01:22, 21 Oktober 2006 (UTC)