Lin Dan
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Lin Dan | |
---|---|
Imej:LinDan.jpg Lin Dan di Kejohanan Yonex Super Series Korea 2007 di Seoul, Korea. |
|
Maklumat Peribadi | |
Nama sebenar | 林丹 |
Tarikh lahir | 14 Oktober 1983 (umur 23) |
Tempat lahir | Longyan, wilayah Fujian |
Tinggi | 178 cm |
Berat | 72kg |
Perseorangan lelaki | |
Ranking tertinggi | 1 (26 Februari, 2004) [1] |
Ranking terkini | 1 (12 April, 2007) |
Negara | ![]() |
Tangan kegemaran | Kiri |
BWF profile |
Lin Dan (Cina: 林丹) (lahir 14 Oktober, 1983, di Longyan (龙岩), wilayah Fujian) merupakan pemain profesional badminton perrseorangan lelaki dari Fujian, di Republik China. Sejak 2004, dia sentiasa berada di ranking nombor 1 dunia selama dua tahun. Pada Oktober 2006, Lin Dan tidak duduk di ranking pertama dunia kerana kedudukannya diambil oleh Lee Chong Wei dari Malaysia.
Lin bermain di Sukan Olimpik 2004, dia tewas kepada Ronald Susilo dari Singapura pada pusingan pembukaan. Selepas itu, dia tumpas kepada Taufik Hidayat di peringkat akhir di Kejohanan Dunia Badminton 2005.
Pada tahun 2006, Lin menang ke atas Bao Chunlai di pusingan akhir Kejohanan Dunia Badminton di Madrid, Spain. Pada tahun 2005, Lin Dan pernah bertemu dengan Bao di tiga kejohanan yang diadakan di China: China Masters, Sukan Kebangsaan China, dan Terbuka Hong Kong.
Lin mempunyai seorang teman wanita yang bernama Xie Xingfang. Xie juga merupakan pemain nombor satu dunia ketika ini.[2] Lin juga pernah memenangi kejohanan yang berprestij iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England di Birmingham, juga memenangi Kejohanan Dunia Badminton 2006 di mana Lin bertemu dengan rakan senegaranya Bao Chunlai dengan mendapat gelaran Kejohanan Dunia yang pertama.
[Sunting] Kejohanan yang disertai
Ked. | Acara | Tarikh | Lokasi |
---|---|---|---|
Kejohanan Dunia | |||
1 | Perseorangan | 2006 | Madrid, Spain |
2 | Perseorangan | 2005 | Anaheim, California, Amerika Syarikat |
Sukan Asia | |||
1 | Berpasukan | 2006 | Doha, Qatar |
3 | Berpasukan | 2002 | Busan, Korea Selatan |
Piala Thomas | |||
1 | Berpasukan | 2006 | Jepun |
1 | Berpasukan | 2004 | Jakarta, Indonesia |
Kejohanan Grand Prix Dunia | |||
1 | Perseorangan | 2007 | Yonex All England Super Series |
1 | Perseorangan | 2007 | Yonex Terbuka Korea |
1 | Perseorangan | 2006 | Yonex Terbuka Jepun |
1 | Perseorangan | 2006 | Terbuka Hong Kong |
1 | Perseorangan | 2006 | Terbuka Macau |
1 | Perseorangan | 2006 | Terbuka Chinese Taipei |
1 | Perseorangan | 2006 | Yonex Terbuka Seluruh England |
1 | Perseorangan | 2005 | Terbuka Hong Kong |
1 | Perseorangan | 2005 | China Masters |
1 | Perseorangan | 2005 | Yonex Terbuka Jepun |
1 | Perseorangan | 2005 | Terbuka Jerman |
1 | Perseorangan | 2004 | Terbuka China |
1 | Perseorangan | 2004 | Terbuka German |
1 | Perseorangan | 2004 | Realkredit Terbuka Denmark |
1 | Perseorangan | 2004 | Yonex Terbuka Seluruh England |
1 | Perseorangan | 2004 | Terbuka Swiss |
1 | Perseorangan | 2003 | Terbuka China |
1 | Perseorangan | 2003 | Terbuka Hong Kong |
1 | Perseorangan | 2003 | Realkredit Terbuka Denmark |
1 | Perseorangan | 2002 | Noonnoppi Terbuka Korea |
2 | Perseorangan | 2006 | Proton Eon Terbuka Malaysia |
2 | Perseorangan | 2005 | Proton Eon Terbuka Malaysia |
2 | Perseorangan | 2005 | Yonex Terbuka Seluruh England |
2 | Perseorangan | 2003 | Terbuka Jerman |
3 | Perseorangan | 2006 | Terbuka China |
3 | Perseorangan | 2006 | Terbuka Jerman |
3 | Perseorangan | 2006 | China Masters |
3 | Perseorangan | 2005 | Aviva Terbuka Singapura |
3 | Perseorangan | 2004 | Djarum Terbuka Indonesia |
3 | Perseorangan | 2004 | Yonex Terbuka Jepun |
3 | Perseorangan | 2002 | Yonex Terbuka Seluruh England |