Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghaffar Baba
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, dahulunya dikenali sebagai MRSM Jasin telah ditubuhkan pada tahun 1981 dan terletak di daerah Jasin di atas satu kawasan seluas 50 ekar. Perasmian tapak telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Negeri Melaka ketika itu YAB Datuk Mohd Adib Adam pada 21 Jun 1981. Pembangunan fasa pertama mengandungi Blok Akademik, Blok Pentadbiran, Blok Asrama, Dewan Selera, Dewan Kuliah, Dewan Besar, Pusat Sumber Ilmu dan Blok Makmal. Pengambilan pelajar pertama ialah pada 2 Ogos 1982 terdiri dari 150 orang pelajar tingkatan satu dan 150 orang pelajar tingkatan dua. Manakala bilangan guru ialah seramai 16 orang. Pembukaan rasmi maktab ini telah diadakan pada 8 Mac 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Musa Hitam.
MRSM Tun Ghafar Baba mengalami proses pembesaran, dan pada tahun 1992, pengambilan masuk melebihi 1000 orang pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Kini MRSM Tun Ghafar Baba mempunyai 2 buah Dewan Besar, Bangunan Pentadbiran, 4 Blok Asrama lelaki, 3 Blok Asrama Perempuan, 2 Buah Dewan Selera, 2 Blok Bangunan Akedamik, Makmal Komputer Pusat Sumber, Kolam Renang, 2 Blok Bangunan Makmal dan Kemudahan sukan seperti padang 4 buah gelanggang tenis, 2 buah gelanggang bola keranjang, 3 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah gelanggang sepak takraw.
Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba telah mengikuti Program Khas Pendidikan (PKP) sepenuhnya sehinggalah sekarang. Setakat tahun 2006 (SPM 2005), MRSM Tun Ghafar Baba telah menghasilkan lebih kurang 8000 pelajar yang berjaya. Sempena menyambut ulang tahun ke-25 MRSM Jasin ditukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba pada 25/7/2006 oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Y.B Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Lokasi
MRSM Tun Ghafar Baba terletak kira-kira 1.5km dari Pekan Jasin dan 35km dari bandar Melaka. Mudah dihubungi pengguna Lebuhraya Utara Selatan melalui plaza tol Lipat Kajang (Jasin).
[Sunting] Program Khas Pendidikan
Pada tahun 1996, MRSM Tun Ghafar Baba adalah di antara tiga maktab yang diberi amanah untuk melaksanakan Program Khas Pendidikan selain daripada MRSM Pengkalan Chepa dan MRSM Taiping. Program ini menawarkan satu program yang boleh memperkembangkan dan meluaskan pengalaman serta mengcungkil bakat para pelajar yang biasanya tidak dapat diasah dalam kurikulum biasa. Pelajar pelajar yang mempunyai 'talent pool' dipilih berdasarkan keputusan PMR dan dianggap 'gifted' atau pintar cerdas.
Selain daripada menyediakan pelajar pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM, dengan menggunakan 'Schoolwide Enrichment Model'(SEM) yang diasaskan oleh Dr. Joseph Renzulli, MRSM Tun Ghafar Baba menyediakan pelbagai aktiviti pengkayaan SEM yang menjurus kepada aktiviti aktiviti yang memaksimakan potensi mereka dan memberi cabaran kepada kebolehan mereka. Model ini memberi pengalaman pembelajaran yang pelbagai untuk pelajar pintar cerdas.
[Sunting] Senarai Pengetua
Tahun Berkhidmat | Nama |
---|---|
1982 - 1984 | En. Abdul Halim Bin Arifin |
1984 - 1987 | Tn. Hj. Mohd. Shariff Bin Abdul Latif |
1987 - 1993 | Tn. Hj. Abd. Mokhti Bin Hussain |
1993 - 1999 | Tn. Hj. Asrokin Bin Sanuji |
1999 - 2000 | En. Mohd. Hussain Bin Ibrahim |
2000 - 2004 | Dr. Fatanah Binti Mohamed |
2004 - 2005 | Tn. Hj. Ruslan Bin Abdul Shukor |
2005 - 2006 | Pn. Hjh. Zawiah Binti Hassan |
2006 - Kini | Tuan Hj. Khalil Bin Ab. Rahman |
[Sunting] Alamat
- Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba, 77000 Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah
- No. telefon Pejabat Am : 06 - 529 1443 / 1677
- No. Telefon Pengetua : 06 - 529 4770 Fax : 06 - 529 1915
- Email : mrsmmj@mara.gov.my