Matinya Seorang Patriot
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Matinya Seorang Patriot | |
---|---|
Pengarah | Rahim Razali |
Pengarang | Rahim Razali (lakon layar) |
Pelakon | Eman Manan Noor Kumalasari Saadiah |
Penerbit | Zarul Albakri |
Pengedar | ZHA Film Production |
Mula Tayangan | 29 Mac 1984 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem Matinya Seorang Patriot diarahkan oleh Rahim Razali pada tahun 1984.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Cerita berkisar pada kematian seorang nasinalis dan pejuang politik veteran bernama Haji Shahban di Kampung Seri Tualang, jauh dari Kuala Lumpur. Ramai yang meratapi kematian orang besar ini tetapi tiada siapa pula pernah menduga kejadian huru-hara yang bakal menyusuli kematiannya itu. Di Kampung saja macam-macam berlaku. Anak-anak tiba-tiba pula berubah sifat, menjadi pendiam dan pemarah sentiasa berkelakuan penuh misteri. Hal ini menekan kehidupan dan perwatakan ibu mereka (isteri Haji Shahban), Mak Aji. Seterusnya perbalahan politik mula mendadak di Seri Tualang. Si gila kuasa, gila nama, gila harta mula bertindak dan bertelingkah untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Haji Shahban. Di Kuala Lumpur, peninggalan Haji Shahban tidak juga kurangnya meninggalkan kesan. Lembaga Pengarah Melati Holdings Sdn. Bhd. sebuah syarikat besar kempunyaan Bumiputera seperti tergoncang berikutan kematian orang kuat kampung itu. Demikian latar yang seterusnya akan mencetuskan beberapa kejadian yang bakal memohon penjelasan seperti pemergian salah seorang anak Haji Shahban ke Kuala Lumpur atas alasan kononnya untuk mendirikan perusahaan sendiri di sana; pertemuan teruna tersebut dengan anak gadis Pengerusi Melati Holdings yang akan membawa mereka ke ambang permainan cinta yang merbahaya; pembunuhan mengejut tiga orang Pengarah Melati Holdings; dan kemuncak cerita yang tragis dan menggemparkan. Matinya Seoran Patriot itu rupa-rupanya ada sebabnya dan ada balasannya. Kedua-duanya di luar dugaan.
[Sunting] Pengeluar
Z.S.A Film Productions
[Sunting] Pengarah
- Rahim Razali
[Sunting] Pelakon
- Noor Kumalasari
- Eman Manan
- Saadiah
- Azmil Mustapha
- Zulkifli Zain
- S. Roomai Noor
- Mustapha Maarof
- Suhaina Yahya
- Azmi Mohamad
- Yusof Wahab
- dR. Sam
- A.V. Bapat
[Sunting] Kredit
- Jurukamera: Zainal Othman
- Penyunting: Meor Hashim Manap
- Lakonlayar: Rahim Razali
[Sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-5, 1984
- Filem Terbaik - Zarul Albakri
- Pengarah Terbaik - Rahim Razali
- Lakonlayar Terbaik - Rahim Razali
- Pelakon Lelaki Terbaik - Eman Manan
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - S. Roomai Noor
- Jurukamera Terbaik - Zainal Othman
- Penyunting Terbaik - Meor Hashim Manap