New Immissions/Updates:
boundless - educate - edutalab - empatico - es-ebooks - es16 - fr16 - fsfiles - hesperian - solidaria - wikipediaforschools
- wikipediaforschoolses - wikipediaforschoolsfr - wikipediaforschoolspt - worldmap -

See also: Liber Liber - Libro Parlato - Liber Musica  - Manuzio -  Liber Liber ISO Files - Alphabetical Order - Multivolume ZIP Complete Archive - PDF Files - OGG Music Files -

PROJECT GUTENBERG HTML: Volume I - Volume II - Volume III - Volume IV - Volume V - Volume VI - Volume VII - Volume VIII - Volume IX

Ascolta ""Volevo solo fare un audiolibro"" su Spreaker.
CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Milenium ke-2 SM - Wikipedia

Milenium ke-2 SM

Dari Wikipedia bahasa Melayu

 Milenium:  Milenium ke-3 SMMilenium ke-2 SMMilenium ke-1 SM
 Abad:   Abad ke-20 SMAbad ke-19 SMAbad ke-18 SMAbad ke-17 SMAbad ke-16 SM  
Abad ke-15 SMAbad ke-14 SMAbad ke-13 SMAbad ke-12 SMAbad ke-11 SM


Milenium ke-2 SM menandakan peralihan daripada Zaman Gangsa Pertengahan ke Zaman Gangsa Akhir. Separuh pertamanya dikuasai oleh Kemaharajaan Pertengahan Mesir dan Babylon. Kawasan Indo-Iran berkembang sehingga dataran Parsi dan subbenua India dan memperkenalkan rata ke kawasan-kawasan tersebut. Abjad diperkembangkan. Perang rata dan pergerakan-pergerakan penduduk mengakibatkan perubahan-perubahan yang hebat pada pertengahan milenium, dan suatu ketenteraman yang baru muncul dengan penguasaan Aegea oleh Yunani dan kebangkitan Empayar Hittite. Akhir milenium melihat peralihan ke Zaman Besi. Jumlah penduduk dunia semakin bertambah dan mencapai 50 juta menjelang 1000 SM. Era ini juga merupakan masa apabila agama Yahudi dikatakan muncul.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Gambaran keseluruhan

[Sunting] Zaman Gangsa Pertengahan

Bahagian pertama milenium ini tidak begitu berwarna-warni berbanding dengan zaman-zaman yang lain dan masih wujud dalam bayangan zaman-zaman lampau yang lebih masyhur. Zaman ini merupakan reda dalam sejarah Timur Dekat Kuno, dengan peradaban-peradaban ketika peralihan milenium menghabiskan semua tenaga untuk mencuba memulihkan keadaan yang amat huru-hara. Mesir dan Mesopotamia yang merupakan peradaban-peradaban yang paling berkuasa pada masa itu juga mengalami apa yang dipanggil zaman yang tidak menonjolkan diri, dan hanya menyasarkan matlamat-matlamat yang sederhana dan realistik. Firaun-firaun Kemaharajaan Mesir Pertengahan dan raja-raja Babylon sezaman yang berketurunan Amorite memerintah dengan baik tanpa terlalu banyak kezaliman, suka akan seni dan seni bina yang elegan tanpa tokok tambah, dan mencapai kestabilan yang malangnya berlangsung hanya untuk masa yang singkat. Di timur yang lebih jauh, peradaban Lembah Indus merupakan zaman kemerosotan yang mungkin diakibatkan oleh pembanjiran yang teruk.

Taktik ketenteraan Mesir dan Babylon masih berasaskan pada askar-askar berjalan kaki yang mengangkut pelengkapan mereka dengan keldai. Bergabung dengan sebuah ekonomi yang lemah dan kesulitan untuk mengekalkan ketenteraman, keadaan yang tidak kukuh ini hancur musnah di bawah tekanan-tekanan luar negeri yang tidak dapat ditentang oleh mereka.

[Sunting] Kekacauan pada abad ke-16 SM

Lebih kurang seabad sebelum pertengahan milenium, gerombolan-gerombolan penyerang Indo-Eropah menerpa masuk Timur Dekat dari dataran Asia Tengah bak sebuah siri kejutan elektrik. Mereka menaiki rata-rata dua roda yang laju yang dikuasai oleh kuda-kuda. Sistem persenjataan itu telah dikembangkan pada masa yang lebih awal untuk peperangan dataran dan tidak dikenali di kalangan peradaban-peradaban timur klasik. Askar-askar berjalan kaki Mesir dan Babylon langsung tidak dapat menewaskannya. Hyskos menerpa masuk ke delta Nile pada 1630 SM, manakala tentera Balkan dan Aryan menerpa masuk ke Yunani dan India pada 1600 SM, dan tentera Hittite menerpa masuk ke Mesopotamia pada tahun 1595 SM.

[Sunting] Zaman Gangsa Akhir

Orang-orang yang telah ditewaskan menyesuaikan diri dengan pantas kepada taktik-taktik yang baru ini, dan menyebabkan suatu keadaan antarabangsa yang baru. Untuk sebahagian besar separuh kedua milenium ke-2 SM, Timur Dekat Kuno menjadi sebuah papan catur raksasa yang banyak kuasa kawasan bersaing tidak henti-henti untuk hegemoni dengan menggunakan rata-rata mereka di semua arah. Zaman ini sebenarnya merupakan zaman yang berwarna-warni, dengan penekanan baru terhadap seni bina yang terlalu hebat, fesyen pakaian yang baru, surat-menyurat diplomatik pada tablet lempung, dan pertukaran ekonomi yang dibaharui, dengan Kemaharajaan Baru Mesir memainkan peranan kuasa terbesar yang utama. Antara negara-negara yang agung pada masa itu, hanya Babylon menahan diri daripada mengambil bahagian dalam permainan catur ini kerana berpuas hati dengan kedudukan barunya yang berprestij sebagai ibu kota agama dan intelek dunia.

Ini adalah peradaban Zaman Gangsa pada zaman yang terakhir dan yang paling gemilang, dengan segala sifat sosialnya: tahap pembandaran yang rendah, kota-kota kecil yang dipusatkan pada kuil-kuil atau istana-istana, pemisahan kelas yang ketat antara rakyat buta huruf dengan elit tentera yang berkuasa (dibolehkan kerana pengetahuan penulisan dan pendidikan dikhaskan untuk segolongan kecil yang terdiri daripada katib-katib), serta kehidupan bangsawan yang hebat.

Menjelang akhir milenium ke-2 SM, gelombang-gelombang baru orang-orang gasar yang menunggang kuda pada kali ini memusnahkan sama sekali dunia Zaman Gangsa, dan disusuli oleh gelombangan-gelombangan perubahan sosial yang menandakan permulaan zaman yang amat berbeza. Yang juga menyebabkan perubahan-perubahan ini ialah Orang-orang Laut yang merupakan penyerang pelaut dari Laut Mediterranean.

[Sunting] Peristiwa

  • Dinasti ke-2 Babylon.
  • Penghijrahan pertama orang-orang Bantu dari Afrika Barat.
  • Orang-orang Cushite menghalau penduduk-penduduk asli dari Ethiopia dan mengasaskan hubungan perdagangan dengan Mesir.
  • Kemaharajaan Pertengahan di Mesir (20521570 SM)
  • k.k. 2000 SM - Arca wanita Menhir dari Montagnac, Perancis dibuat dan kini berada di Musee d'Histoire Naturelle et de Prehistoire, Nimes.
  • k.k. 2000 SM - 1900 SM - Jag Kamares Ware dari Phaistos, Crete dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • Kemaharajaan Lama Hittites di Anatolia (1900 SM).
  • Peradaban di Canaan (1800 SM).
  • k.k. 1800 SM - 1600 SM - Rata kuda dan suria dari Trundholm, Zealand, Denmark, dibuat dan kini berada di Muzium Negara, Copenhagen.
  • k.k. 1750 SM - Sebuah gempa bumi memusnahkan istana-istana di Knossos dan Phaistos.
  • k.k. 1700 SM - 1550 SM - Arca wanita atau dewi dengan ular-ular dari kompleks istana, Knossos, Crete, dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1700 SM - 1550 SM - Loket berbentuk dua ekor lebah atau penyengat dari Chryssolakkos dekat Mallia, Crete dibuat dan kini berada dik Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1700 SM - 1550 SM - Lukisan pelompatan lembu jantan dari kompleks istana, Knossos, Crete, dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1700 SM - 1300 SM - Kompleks istana di Knossos, Crete dibina.
  • k.k. 1650 SM - 1450 SM - Jambangan Penuai dari Hagia Triada, Crete dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1650 SM - 1450 SM - Cawan Vapheio yang ditemui dekat Sparta, Yunani dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.
  • Pada 1620-an SM atau 1520-an SM, peletupan Minoan di Thera memusnahkan Minoan Akrotiri.
  • 1600 SM: Dinasti Shang diasaskan di China.
  • Penguasaan Canaan dan Syria oleh Mesir (1600 SM1360 SM).
  • k.k. 1550 SM - 1450 SM - Cawan berbentuk kepala lembu jantan dari kompleks istana, Knossos, Crete, dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1550 SM - 1450 SM - Lukisan dinding yang menggambarkan pelompatan lembu jantan dari kompleks istana, dan yang telah menjalani pemulihan moden, kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • k.k. 1500 SM - 1450 SM - Kelalang berbentuk sotong kurita dari Palaikastro, Crete dibuat dan kini berada di Muzium Arkeologi Heraklion, Iraklion, Crete.
  • 1235 SM - Athens diasaskan.
  • Penaklukan Canaan oleh orang Israel. Pemerintahan Beraja Bersatu muncul dalam dekad-dekad terakhir pada milenium ini.
  • Permulaan agama Yahudi (1200 SM).
  • Kejatuhan Troy (tarikh tradisi: 1184 SM. Bandingkanlah dengan Troy VII).

[Sunting] Perekaan, penemuan, dan pengenalan

  • 2000 SM - kemunculan Rata beroda dan gerabak.
  • Pengembangan abjad.
  • Orang Hindu mengembangkan sistem kasta.
  • Orang Cina mencatat penglihatan komet pertama yang diketahui.
  • Penggunaan ideogram Cina pertama yang diketahui.
  • Permulaan Zaman Besi: penemuan teknik-teknik peleburan dan tukang besi di Anatolia atau Caucasus pada akhir milenium ke-2 SM.
  • Pembawaan masuk pic dari China ke Parsi dan Eropah.
  • Kemunculan agama Veda sejarah (Rigveda).
  • Kemunculan monoteisme awal (Atenisme).

[Sunting] Kebudayaan

[Sunting] Tokoh-tokoh

  • Hammurabi, raja dan penggubal undang-undang Babylon (1792–1745 SM).
  • Firaun Kamose daripada Dinasti Ke-17 Mesir (memerintah dari 1573 SM1570 SM).
  • Firaun Ahmose I daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1570 SM1546 SM).
  • Firaun Amenhotep I daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1546 SM1524 SM).
  • Firaun Thutmose I daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1525 SM1518 SM).
  • Firaun Thutmose II daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1518 SM1504 SM).
  • Firaun Thutmose III daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1503 SM1450 SM).
  • Firaun Hatshepsut daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1498 SM1483 SM).
  • Firaun Amenhotep II daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1453 SM1419 SM.
  • Firaun Thutmose IV daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1453 SM1386 SM).
  • Firaun Amenhotep III daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1386 SM1349 SM).
  • Firaun Akhenaten daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1350 SM1334 SM).
  • Firaun Smenkhkare daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1336 SM1334 SM).
  • Firaun Tutankhamun daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1334 SM1325 SM).
  • Firaun Ay daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1325 SM1321 SM).
  • Firaun Horemheb daripada Dinasti Ke-18 Mesir (memerintah dari 1321 SM1293 SM).
  • Firaun Ramesses I daripada Dinasti Ke-19 Mesir (memerintah dari 1293 SM1291 SM).
  • Firaun Seti I daripada Dinasti Ke-19 Mesir (memerintah dari 1291 SM1278 SM).
  • Firaun Ramesses II daripada Dinasti Ke-19 Mesir (memerintah dari 1279 SM1212 SM).
  • Shalmaneser I, Raja Assyria (memerintah dari 12741245 SM).
  • Theseus, Raja Athens legenda, yang diberikan penghargaan untuk penyatuan politik Attica di bawah Athens (dianggarkan memerintah dari 1234 SM1204 SM atau 1213 SM).
  • Firaun Merneptah daripada Dinasti Ke-19 Mesir (memerintah dari 1212 SM1202 SM).

[Sunting] Kitab Bible

  • Bapa-bapa kitab Bible: Abraham, Isaac, dan Jacob di dalam naratif Genesis dilatarbelakangkan pada milenium ke-2 awal hingga pertengahan.
  • Exodus dan Moses berlatarbelakangkan pada milenium ke-2 akhir (mungkin pada zaman Amarna; lihat juga Osarseph, Moses dan Monoteisme).

[Sunting] Fiksyen

  • S.M. Stirling, seorang pengarang fiksyen spekulatif Amerika-Kanada, telah menulis sebuah trilogi (siri Nantucket) yang berlatarbelakangkan pada kira-kira 1250-an SM dalam Zaman Gangsa. Trilogi itu memerihalkan perbalahan antara puak-puak penduduk yang berbeza di pulau Nantucket selepas sebuah fenomena yang tidak diketahui ("Si Peristiwa") membawa mereka ke masa lampau — dengan sesetengah mereka cuba menguasai dunia untuk manfaat sendiri, dan yang lain cuba memperbaiknya — dan peradaban-peradaban Zaman Gangsa yang berbeza.

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu