MX3
Dari Wikipedia bahasa Melayu
MX3 | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | Yusof Kelana |
Pengarang | Yusof Kelana (lakon layar) Dilla Hussein (cerita) |
Pelakon | Saiful Azam (Apek) Faizal Hussein Zul Yahya |
Penerbit | Yusof Kelana Fetty Ismail |
Pengedar | Skop Productions Sdn Bhd |
Mula Tayangan | 25 November 2003 |
Bahasa | Bahasa Melayu |
IMDb | - |
filemkita | Rujukan filemkita |
Filem MX3 ialah filem yang pelakon utamanya ialah, Saiful Azam, Faizal Hussein, dan Zul Yahya. Filem ini ditayangkan serentak dengan filem Mr. Cinderella 2 (2003) pada Hari Raya Aidilfitri. MX3 bermaksud 'M kali tiga' iaitu singkatan nama 3 orang penyiasat iaitu Masdor, Mamat dan Malek. Rosyam Nor melakonkan watak Castella yang menyerupai watak Castello dalam filem Gerak Khas The Movie (2001).
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sinopsis
Filem ini mengisahkan tiga sahabat - Masdor, Mamat dan Malek - yang menubuhkan syarikat penyiasat persendirian, MX3. Sepanjang menjalankan operasi penyiasatan, mereka sering mendapat kes-kes kecil sahaja sehinggalah muncul Puan Lolita yang sanggup membayar upah mahal untuk mengintip suaminya yang mempunyai hubungan sulit. MX3 berjaya menyelesaikan kes itu dalam jangka masa yang singkat. Lantaran itu, sebuah syarikat insurans telah melantik mereka untuk menyiasat tuntutan palsu sebanyak RM10 juta yang dibuat oleh Marissa. Kes itu agak rumit kerana suami Marissa dilaporkan sudah mati tetapi mayatnya tidak dijumpai.
[Sunting] Pelakon
- Saiful Azam (Masdor)
- Faizal Hussein (Mamat)
- Zul Yahya (Malek)
- Sarimah Ibrahim
- Syanie
- Juliana Banos
- Sheila Rusly
- Azlee Jaafar
- Helmi Gimmick
- Osman Kering
- A. Galak
- Farid Amirul
- Rozaidi
- M. Rajoli
- Aimi Jarr
- Erra Fazira
- Rosyam Nor
[Sunting] Pengarah
- Yusof Kelana
[Sunting] Pencapaian
- Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
- Pelakon Komedi Terbaik - Sheila Rusly