One Piece
Dari Wikipedia bahasa Melayu
One Piece | |
![]() |
|
ワンピース (Wanpīsu) | |
Genre | Aksi, Pengembaraan, Komedi, Shōnen, Drama, Fantasi, Ketenteraan, Misteri, |
Manga | |
---|---|
Dikarang oleh | Eiichiro Oda |
Penerbit | ![]() |
Disirikan dalam | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Siaran asal | 4 Ogos 1997 – (masih berjalan) |
Bilangan jilid | 45 jilid dengan 450 bab (setakat ini) |
Kartun animasi TV | |
Diarah oleh | Kounosuke Uda |
Studio | Toei Animation |
Rangkaian | ![]() |
Siaran pertama | 20 Oktober, 1999 – (masih ditayangkan) |
Bilangan episod | 302 dan masih berjalan |
Filem | |
|
|
One Piece TCG | |
Satu siri permainan kad One Piece diperkenalkan dan dicipta oleh Bandai, tetapi kerana jualan yang tidak memberangsangkan ia ditangguh dahulu. |
|
Episod khas | |
|
|
Permainan Video | |
Lihat: Senarai permainan One Piece |
One Piece atau popular dengan nama Budak Getah di Malaysia merupakan manga dan anime yang direka oleh Eiichiro Oda.
[Sunting] Plot
One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang ingin mencari anak kapal seterusnya berlayar merentangi pelbagai rintangan termasuk ke Grand Line.Armada Luffy juga ingin mencari harta karun lagenda One Piece dan ingin menjadi Raja Lanun.
Ayah Luffy ialah Monkey D. Dragon, iaitu ketua ahli Revolusi yang paling dikehendaki dan merupakan lanun terkejam dalam sejarah dunia. Dengan kuasanya secara berseorangan, dia boleh menewaskan Kerajaan Sedunia dengan mudah. Tiada lanun lain yang sehebat dengannya. Beliau mempunyai kuasa ribut petir yang dapat memusnahkan beberapa buah pulau besar di Grand Line dengan sekali sentuhan. Nilai tawaran tangkapan beliau dianggar setinggi $10 Billion beli dan merupakan nilai paling tertinggi pernah wujud dalam One Piece. Sehingga kini tiada diketahui habitat hidup beliau. Dragon digelar Ahili Revolusi kerana pada masa lampau dia pernah mengalahkan Kerajaan Sedunia dan Angkatan Tentera Laut dengan sangat teruk, dan menyebabkan beberapa kuasa dan negara besar di dunia mengalami revolusi selama beratus tahun. Monkey D. Luffy telah memakan buah syaitan Gomu Gomu menyebabkan badannya boleh melentur dan memanjang seperti getah.Luffy menjaga topi jerami yang diberi oleh Shanks dengan baik
Pada mulanya Luffy dan rakan-rakannya menggunakan kapal Going Merry (dikenali juga sebagai Merry Go) tetapi setelah Franky menyertai kumpulannya mereka kini menaiki kapal Thousand Sunny yang lebih besar dan lebih kukuh.
[Sunting] Manga
Manganya bermula pada 1997 di Shonen Jump isu 34 terbitan Shueisha dan hingga kini ceritanya masih berterusan. Versi televisyennya pula bermula pada Oktober 1999 di Fuji TV. One piece merupakan karya Oda yang berkisahkan pengembaraan Monkey D. Luffy dalam mengotakan janjinya kepada Shanks (lanun yang menyelamatkannya daripada lemas dan dimakan oleh Sea King ) untuk menjadi Raja Lanun yang seterusnya selepas zaman kegemilangan Raja Lanun paling masyhur di dunia iaitu Gol D. Roger.
Luffy menempuh pelbagai cabaran dan halangan yang menarik dan dalam misinya iaitu menjejaki One piece-harta karun tinggalan Gol D Roger yang menjadi rebutan para lanun-lanun yang datang ke Grand Line.Sepanjang pengembaraannya, Luffy mengumpulkan krew-krewnya seorang demi seorang bermula dengan Roronoa Zoro seorang pemedang yang bercita-cita menjadi pemedang terhandal di dunia sehingga namaya di dengar di syurga,Usopp seorang lelaki pengecut dan pembohong yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya Yasopp (penembak tepat dalam krew kapal Shanks)untuk menjadi wira di laut,Sanji-seorang tukang masak terhandal di East Blue yang sentiasa jatuh cinta pada gadis cantik dan mempunyai cita-cita untuk menjejaki All blue,Nami perempuan mata duitan tetapi pelayar atau nakhoda kapal terhebat yang bercita-cita melengkapkan peta dunia,Chopper -rusa kutub yang yang memakan buah syaitan yang memberikannya sifat manusia yang mencari erti sebenar "nakama" dan Robin,seorang ahli sejarah dan satu-satunya manusia yang boleh membaca batu bersurat tinggalan zaman kuno -misinya ialah membongkar sejarah dunia yang dilindungi oleh Kerajaan Sedunia.
Setakat ini ahli terbaru krew kapal Luffy ialah Franky-tukang kapal yang menghapusnya cita-citanya membina kapal terhebat di dunia setelah kematian bapa angkatnya(pembina kapal Gol D Roger) yang melindunginya dari ditahan oleh Kerajaan Sedunia. Kisah pengembaraan Luffy menjadi semaikn menarik kerana plotnya yang segar dan terdapat pelbagai kejutan.
[Sunting] Watak utama
- Monkey D. Luffy (kapten kapal)
- Monkey D. Dragon ( Ayah Luffy )
- Portgas D. Ace ( Abang Luffy )
- Monkey D. Garp ( Datuk Luffy )
- Gold D.Roger ( bekas Raja Lanun, pakcik Luffy )
- Marshal D. Teach ( Pakcik Luffy, iaitu Lanun Janggut Hitam )
- Roronoa Zoro (pakar pemain pedang)
- Sanji (tukang masak)
- Nami (jurumudi pelayaran)
- Tony Tony Chopper (Doktor)
- Usopp (Sniper)
- Nico Robin (Ahli arkeologi)
- Franky ( pembaiki kapal Luffy, juga ahli tertua dalam Kumpulan Lanun Topi Jerami )
- Morgan si Tangan Kapak
- Buggy si Badut ( kawan Shank, juga anak buah Gold Roger pada masa dulu )
- Arlong
- Kapten Smoker
- Shanks si Rambut Merah ( anak buah Gold Roger ketika dulu )
- Lanun Janggut Putih (Edward Newgate)-Kononnya lanun terkuat,pernah mengalahkan Gold D Roger