Pengangguran
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Pengangguran bererti individu yang tidak mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan tetap. Penganggur terbahagi kepada dua, iaitu mereka yang cuba mencari pekerjaan secara aktif tetapi gagal, dan mereka yang tidak cuba mencari pekerjaan.
Secara tepat, hanya mereka yang cuba mencari pekerjaan secara aktif tetapi gagal dianggap sebagai penganggur. Sementara mereka yang tidak cuba mencari pekerjaan tidak dianggap penganggur kerana mereka berkemungkinan hendak berehat, atau sedang menyambung pembelajaran mereka.
"Kadar pengangguran" pula ialah jumlah pengganggur dibahagi dengan jumlah tenaga kerja, sama ada menganggur ataupun tidak.