Program komputer
Dari Wikipedia bahasa Melayu
Program komputer atau aturcara komputer adalah koleksi arahan yang menyatakan tugas ataupun satu set tugas untuk dilakukan oleh komputer.
Istilah program komputer boleh merujuk kepada kod sumber yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan, atau bentuk terlaksanakan kod tersebut. Program komputer juga dikenali sebagai perisian, program penggunaan, perisian sistem ataupun cuma program.
Kod sumber kebanyakan program mengandungi jujukan arahan yang jelas melaksanakan algoritma (dikenali sebagai gaya pengaturcaraan perintah); dalam bentuk lain (dikenali sebagai pengaturcaraan pengisytiharan) ciri-ciri maklumat yang diperlukan adalah ditentukan dan kaedah yang digunakan untuk mendapat keputusan, jika ada, diserahkan kepada pelantar.
Program komputer biasanya ditulis oleh golongan yang digelar juruaturcara komputer, tetapi boleh juga dijanakan oleh program lain.